suria

“Dari dalam perut dia dah mula berlakon” - Anak bongsu Jasmin Hamid sedia jadi artis

Aksi mesra bersama ibunya pernah disangka pasangan kekasih.

PELAKON Jasmin Hamid mendedahkan anak bungsunya Haziq MacQuistan sudah bersedia untuk mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon.

Jasmin, 46, berkata, Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat terhadap lakonan sejak kecil.

"Semoga dipermudahkan segala urusan anakku... Haziq dah sedia menyambung legasi saya sebagai anak seni.

"Dari dalam perut saya dia dah mula berlakon sebab ketika saya hampir melahirkannya, saya masih lagi aktif berlakon," ujarnya di Instagram.

Jasmin dedah anak lelakinya bakal ceburi bidang lakonan.

Kata Jasmin, sebagai ibu dia sentiasa menyokong keputusan anaknya sama ada untuk bekerja mahu pun menyambung pelajarannya.

Dia turut menasihatkan Haziq agar tidak mempedulikan kata-kata negatif yang hanya akan mematahkan semangatnya.

"Katanya, dah sampai masa nak berbakti kepada ibu-bapa, dalam masa yang sama dia juga ingin sambung belajar.

"Doakan yang baik-baik. Tak endah dengan kata-kata negatif manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja.

"Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan," ujar Jasmin.

Pada Mac 2018, nama Haziq menjadi bualan di media sosial apabila berjaya mencuri perhatian gadis-gadis dengan wajah kacaknya. Sebelum itu, aksi mesra Haziq bersama Jasmin, pada awalnya disangka sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun, Jasmin tampil menjelaskan salah faham tersebut dan pemuda itu ialah anaknya.

Jasmin mendirikan rumah tangga bersama Ian Rashid Macquistan dan berpisah pada 4 Februari 2008. Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rohana, 29, Lukhman Hakim, 23 dan Ian Haziq, 17.

Jasmin Hamid

Artikel Lain