suria

Linda Hashim hamil enam bulan, anak kedua dijangkiti Rotavirus

Anak kedua Linda dijangkiti rotavirus.

PELAKON Linda Hashim berkongsi berita gembira bahawa dia kini hamil enam bulan anak ketiganya.

Isteri kepada pelakon Beego atau Md Aszerul Nizam Abdullah, 38, ini berkata, proses kehamilan berjalan lancar dan hanya mengalami alahan pada tiga bulan pertama.

“Alhamdulillah, saya hamil anak ketiga yang kini kandungan sudah masuk enam bulan.

“Ramai yang tidak tahu sebab saya tidak kemaskini perkembangan di laman sosial. Semuanya berjalan lancar dan sudah melepasi tempoh alahan” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Linda berkata, dia masih belum mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkannya itu. 

"Dah buat imbasan tapi tidak nampak lagi jantina, apa pun kami terima dan menganggap ia sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda turut berkongsi berita bahawa anak keduanya Anggun Cassandra, 3, kini ditahan di sebuah hospital akibat jangkitan Rotavirus.

Kata Linda, kanak-kanak itu dijangkiti virus tersebut berkemungkinan ketika bercuti di sebuah pusat peranginan dan taman tema baru-baru ini.

“Anggun sekarang ditahan hospital kerana jangkitan rotavirus. Mungkin terkena jangkitan itu ketika kami bercuti di taman peranginan baru-baru ini.

“Minta doakan kesihatan dia pulih seperti biasa,” ujarnya.

Beego dan Linda berkahwin pada 8 Jun tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Selain Anggun Cassandra, pasangan ini turut mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa yang kini berusia 5 tahun.

Linda Hashim, Beego

Artikel Lain