suria

Apa nak kisah dikutuk jual seluar dalam, Zoey Rahman dapat tempahan tinggi

Zoey Rahman tidak mahu menjadikan kritikan netizen sebagai penghalangnya untuk berjaya dalam perniagaan. Foto AZLINA ABDULLAH & Instagram @zoeyrahman

BARU-BARU ini, pelakon dan pengacara Zoey Rahman menjadi perhatian gara-gara dia memuat naik foto lelaki hanya berseluar dalam di Instagram miliknya.

Akibatnya, Zoey, 34, menerima pelbagai kata-kata kecaman daripada netizen dan tidak kurang yang bergurau mahu melihat dia sendiri memakai pakaian dalam itu.

Menjelaskan mengenai perkara itu, Zoey memberitahu seluar dalam jenis boxer itu adalah produk terbaharu di bawah jenamanya, Mikawear yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Kata Zoey, dia tidak melihat keputusannya tampil dengan produk itu sebagai satu perkara memalukan walaupun dia menerima kritikan hebat netizen.

Sebaliknya dia memilih untuk melancarkan rangkaian boxer unisex  kerana ingin menampilkan kelainan memandangkan masih belum ada mana-mana selebriti yang tampil dengan produk seperti itu.

Zoey mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila tampil dengan produk boxer menerusi jenamanya, Mikawear.

"Di bawah jenama Mikawear saya sudah mengeluarkan beberapa produk sebelum ini dan kali ini saya memilih boxer kerana gemarkan sesuatu yang berbeza daripada apa ditawarkan jenama lain.

"Pada saya itu lumrah zaman sekarang apabila setiap perkara yang dilakukan pastikan akan mendapat kritikan dan kecaman daripada netizen.

"Ini pun belum saya lancarkan lagi sudah pun tular di media sosial dengan pelbagai kata-kata kurang enak tetapi saya lihat dari sudut positif selain ia promosi percuma untuk produk saya," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Zoey berkata, boxer berkenaan bukan pakaian dalam biasa sebaliknya ia turut disertakan pada pada bahagian punggung bagi yang inginkan bentuk pinggul yang menarik.

Zoey mahu mengukuhkan perniagaannya.

"Boxer ini boleh dipakai oleh lelaki dan wanita dan menariknya ia disertakan pad pada bahagian punggung bagi yang ingin mendapat bentuk menarik dan kemas.

"Ia juga boleh dialihkan sekiranya tidak mahu menggunakan pad selain ia menggunakan fabrik yang selesa," ujarnya.

Tambah Zoey, kesan daripada penularan mengenai boxer itu, dia sudah pun mendapat pra-tempahan walaupun masih belum dilancarkan secara rasmi.

Dalam perkembangan lain, Zoey berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama berjudul Satu Ketika untuk siaran RTM dan siri Suamiku Mr. Blind bersama Intan Najuwa (HyppTV).

Zoey Rahman, Mikawear

Artikel Lain