TIGA tahun mendirikan rumah tangga pelakon Anzalna Nasir akhirnya mengumumkan berita gembira apabila dia kini hamil empat bulan. Isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Zaki ini berkongsi berita itu di laman sosial Instagramnya pada Rabu. “Saat yang paling saya nantikan... Allah tahu apa yang terbaik untuk kami dan bila masa yang sesuai untuk kami dikurniakan rezeki ini. “Pada hari istimewa hari jadi saya, saya berkongsi kepada anda bahawa saya dan suami bakal menimang cahaya mata pertama,” ujarnya. Anzalna, 31, berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016. Dalam pada itu, Anzalna menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dia dan suami dikurniakan rezeki zuriat. “Terima kasih yang mendoakan kami. Benar, jodoh, rezeki, zuriat, ajal dan maut menjadi rahsiannya. Tak perlu dipersoalkan yang penting kita berusaha, berdoa dan tawakal,” ujarnya.