suria

Ayda Jebat fokus nyanyian, hanya ambil satu tawaran berlakon drama

Ayda bakal mengeluarkan album pertamanya pada bulan April atau Mei.

PENYANYI dan pelakon Ayda Jebat hanya mengambil satu tawaran berlakon drama dalam masa setahun untuk memberi fokus pada karier nyanyiannya.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 27, berkata dia tidak mahu melakukan dua kerja dalam satu sehingga menyusahkan pihak lain.

"Kalau ikutkan tahun lalu saya hanya berlakon dalam satu drama sahaja dan tahun ini pun saya buat perkara sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat tak perlu bersentuhan


Ayda Jebat fokus pada karier nyanyian.

"Sudah dua tahun saya biasakan fokus pada satu drama. Tawaran memang dapat banyak tapi terpaksa tolak. Sebab saya tak suka buat dua kerja dalam satu masa.

"Tak nak menyusahkan orang lain yang kena ikut jadual saya pula. Saya nak fokus pada nyanyian, nak keluarkan album dalam masa terdekat," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama bersiri Cinta Bukan Kristal ini ditemui ketika acara beramah mesra Gintel Roadshow bersama peminat di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ayda meluahkan rasa syukur apabila lagu terbaharunya, Temberang menjadi trending di Youtube dan mendapat lebih 4.6 juta dalam masa beberapa minggu.

Ayda bersyukur lagu terbaharunya diterima ramai.

Menurut Ayda, dia tidak pernah membuat kajian atau menjadikan mana-mana penyanyi dangdut sebagai rujukan namun menyanyikan lagu tersebut dengan caranya sendiri.

"Alhamdulillah berbaloi lagu ini lama simpan lebih setahun. Rezeki itu tidak salah alamat. Lagu dah siap lama tapi ada hikmah juga lambat keluar.

"Bagi saya, inilah waktunya dapat membuat perancangan yang cantik, banyak penaja masuk dan muzik video pun dapat dibuat dengan cantik.

"Saya tak buat kajian atau jadikan selebriti lain sebagai rujukan. Sebab saya akan menyanyi kelemahan dan kelebihan saya. Ini adalah suara dan cara saya," ujarnya.

Ayda Jebat

Artikel Lain