suria

Urusan ambil anak angkat, ada pihak cuba cari salah Abby Abadi

Abby kongsi proses permulaan mengambil anak angkatnya.

PELAKON Abby Abadi berkongsi bagaimana proses permulaan dia mengambil angkat pertamanya iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh pada Jun tahun lalu.

Menurut Abby, biarpun dia ingin melakukan perkara baik namun ada sahaja segelintir pihak yang mencari kesalahan dan bersangka buruk terhadapnya.

"Saya tahu ada saja mereka yang nak cari salah bila saya nak buat benda baik ni. Bersangka buruk saja. Saya begitu, begini. Janganlah macam tu.

"Bantuan saya ni bermula selepas saya ambil bayi angkat saya. Daiyan yang pertama pada Jun 2018. Masa tu saya muat naik di IG untuk cari anak angkat.

"Lepas tu, terus ada DM bagitahu nak tak bayi ni sebab dah dua hari tak ada orang nak. Bergegas terus saya dengan suami bila kata ada bayi tak ada orang nak," katanya.

Dua orang anak angkat Abby Abadi.

Sebelum ini, Abby atau Arbaiyah Abd Manan, 42, meluahkan rasa syukur menerima bayi lelaki itu selepas bertanya di media sosial.

Abby turut mendedahkan dia sempat menolong seorang gadis berasal dari pantai timur yang ketika itu sedang mengandung tujuh bulan sebelum mengambil seorang lagi anak angkat perempuan bernama Dayana.

"Selepas pada Daiyan, saya sempat tolong seorang gadis Pantai Timur. Siap bawa datang rumah lagi sebab dia dari luar KL.

"Saya tolong dia masa tu, dia dah mengandung tujuh bulan sampai dia selesai berurusan dengan keluarga angkat dia.

"Kemudian saya ambil Dayana pula Julai 2018. Dayana saya berjanji dari dalam perut. Allah mudahkan urusan sebab memang niat saya nak membantu waktu tu," ujarnya.

Abby syukur dengan kehadiran dua orang anak angkatnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas ini menerima banyak mesej meminta bantuannya untuk mendapatkan anak angkat dan menguruskan bayi yang memerlukan keluarga baharu.

Menurut Abby, bantuan yang disediakan itu bukan bermaksud untuk mengetepikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun ia sekadar pilihan bagi mereka yang malu untuk berhadapan dengan pihak tersebut.

"Lepas pada itu, berderu-deru mesej dan DM masuk nakkan bantuan saya untuk dapatkan bayi angkat dan dalam masa yang sama, saya terima juga yang minta untuk uruskan bayi mereka yang memerlukan ibu bapa angkat.

"Disitulah mulanya. Saya bukan menidakkan kewujudan badan-badan kerajaan seperti JKM, rumah perlindungan dan yang lain-lain tapi saya bagi pilihan.

"Kalau segan nak ke JKM, cari saya. Jangan dibuang, dibunuh dan sebagainya. Saya uruskan tanpa minta apa-apa. Sekadar membantu sebab saya tahu caranya," katanya.

Abby Abadi

Artikel Lain