suria

"Akhirnya kita ditemukan" - Bekas kekasih Sufian hadir majlis perkahwinan Elfira Loy

Izyan hadir majlis persandingan Elfira & Faris.

BEKAS kekasih penyanyi Sufian Suhaimi yang dikenali sebagai Izyan hadir pada majlis persandingan pelakon Elfira Loy pada Sabtu.

Izyan yang memuat naik foto pada majlis resepsi itu turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan rumah tangga Elfira dan suaminya Faris.

"Allah tahu yang terbaik dan dia menemukan kita akhirnya. Tahniah atas hari bahagia ini. Semoga kasih sayang yang dikongsi hari ini semakin kukuh hingga ke tua.

"Secara jujurnya saya begitu gembira untuk kamu dan Faris dipertemukan untuk satu sama lain. Terima kasih juga kerana membenarkan saya dan rakan-rakan berkongsi majlis penuh magis ini.

"Semoga Allah merahmati perkahwinan ini dan saya harapkan yang terbaik untuk memulakan penyatuan ini," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Putus Cinta Bukan Kerana Elfira Loy" - Sufian Suhaimi

Elfira turut mendoakan Izyan bertemu jodoh.

Elfira dan pasangannya Faris Khairol Anwar selamat bernikah pada 1 Januari 2019 di Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Sementara itu, Elfira yang turut memuat naik foto yang sama berterima kasih kepada Izyan kerana banyak membantu dia dan ibunya selama ini.

"Siapa tahu kita kenal cara lain tapi hikmah perkenalan itu ke arah lain. Terima kasih kerana datang majlis perkahwinan saya. Semoga dipercepatkan jodoh juga, Izyan," tulis Elfira.

Sebelum ini, penyanyi lagu Di Matamu itu dikhabarkan bercinta dengan wanita Izyan sebelum didakwa meninggalkannya demi Elfira Loy.

Bagaimanapun, hubungan pertunangan Sufian dan Elfira Loy terputus pada Februari tahun lalu.

Sufian Suhaimi, Izyan, Elfira Loy, Elfaris

Artikel Lain