suria

“Cukuplah lima tahun” - Wani Kayrie

Wani Kayrie mahu mengubah hala tuju karier muziknya. Foto Instagram @wanikayrie

PENYANYI Wani Kayrie memberitahu dia mungkin tidak menyambung kontrak dengan syarikat rakamannya Suria Record (SRC) selepas tamat kontrak September depan.

Wani berkata, lima tahun di bawah naungan syarikat itu memberi banyak pengalaman kepadanya untuk dia menentukan sendiri kerjaya nyanyiannya selepas ini.

"Insya Allah kontrak berakhir pada bulan September depan, jadi sekarang saya masih perlu mempromosikan lagu baharu Saat Terindah.

"Perancangannya saya akan keluar satu album pada Mac ini iaitu hadiah terakhir sebelum saya tamat kontrak.

"Lima tahun sangat lama, mungkin saya akan berehat dan bergerak sendiri sebelum memilih berada di bawah syarikat rakaman lain," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan kerjaya tahun ini, Wani berkata, dia mahu mencari lagu rancak pop atau dangdut.

Wani mahu atur kerjaya sendiri.

Katanya, lagu-lagu yang dipilih oleh syarikat rakamannya ketika ini terlalu berat dan tidak sesuai dengan jiwanya.

"Sejujurnya memang sudah tawar hati untuk promosi lagu Saat Terindah, bukan sebab tidak sedap tapi terlalu berat untuk saya.

"Saya sudah minta lagu yang rancak untuk single baharu tapi mereka mahu saya promosi dahulu dan lihat sejauh mana lagu itu boleh pergi," ujarnya.

Tambahnya, dia yang baharu sahaja menyertai program realiti D'acadamy Dangdut Asia musim ke empat itu mahu membuktikan mampu menyanyikan lagu dengan genre tersebut.

"Saya nak buktikan saya boleh nyanyi dangdut, jika tidak sekalipun pop dangdut yang rancak macam lagu Lagi Syantik.

"Hael Husaini dan Ezra ada beri lagu ciptaan mereka kepada saya untuk dinyanyikan pada final Big Stage tahun lalu, tapi sayangnya saya terpaksa tolak kerana akur dengan keputusan syarikat rakaman," ujarnya.

Wani Kayrie

Artikel Lain