suria

Kalau ada rezeki Saharul Ridzwan teringin timang anak perempuan

Saharul Ridzwan berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarganya tahun ini. Foto Instagram @saharulridzwan

PELAKON Saharul Ridzwan memberitahu dia dan isteri, Qaabila Deena Emir berhasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga mereka pada tahun ini.

Saharul berkata, dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan selepas dikurniakan anak lelaki, Muhammad Luth Ali yang kini sudah pun berusia 18 bulan.

"Kalau ada rezeki azamnya hendak menimang anak perempuan pula sekiranya diizinkan Allah.

"Memang hasrat kami suami-isteri nak tambah bilangan anak tahun ini memandangkan Ali pun sudah nak masuk usia dua tahun," katanya.

Saharul bersama isteri dan anak mereka ketika mengerjakan Umrah baru-baru ini.

Saharul dan Qaabila Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama pada 6 Jun 2017.

Dalam pada itu, Saharul yang baharu sahaja pulang mengerjakan Umrah baru-baru ini berkata, itu adalah antara doa yang dipanjatkan kepada Allah ketika berada di Makkah.

Pun begitu katanya, sebagai manusia biasa dia hanya merancang dan mereka suami-isteri hanya meletakkan perkara itu kepada soal rezeki.

Dalam perkembangan lain, Saharul berkata, dia kini kembali sibuk dengan karier seninya termasuk sedang menyiapkan program sukan ekstrem, Impak Aksi musim kedua untuk siaran RTM.

Saharul Ridzwan

Artikel Lain