suria

Pejabat Seniman dipecah masuk, alami kerugian RM5,000

Keadaan pintu pejabat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang dipecahkan.

PEJABAT Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dipecah masuk pada pagi Isnin selepas kejadian itu disedari oleh salah seorang kakitangan persatuan itu.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, ekoran kejadian itu, pihak persatuan menanggung kerugian sebanyak RM5,000 termasuk wang tunai yang dibawa lari.

"Kejadian pecah masuk pejabat Seniman dikesan awal pagi ini lebih kurang pukul 10 pagi oleh kakitangan bertugas.

"Hasil daripada kejadian tersebut anggaran kerugian yang dialami persatuan adalah sebanyak RM5,000 termasuk wang tunai," katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata, pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati Kuala Lumpur untuk proses siasatan lanjut pihak berkuasa.

Katanya, Seniman menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dalam menangkap suspek untuk dibawa ke muka pengadilan.

"Seniman menganggap ini adalah jenayah serius yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan kami serahkan kepada pihak berkuasa untuk memberkas suspek," katanya.

Artikel Lain