suria

Isteri Izzue Islam jalani pembedahan buang benjolan ganglion

Izzue memberitahu isterinya mengalami lenguh-lenguh tangan sejak sebulan lalu.

ISTERI penyanyi Izzue Islam iaitu Awin Nurin menjalani pembedahan membuang benjolan kecil pada pergelangan tangan kiri di sebuah pusat perubatan swasta pada Selasa.

Izzue berkata, isteri yang juga pengurusnya itu mengalami lenguh-lenguh tangan dan tidak selesa sejak sebulan lalu.

"Dia buat pembedahan kecil untuk membuang benjolan ganglion wrist cyst yang tumbuh di pergelangan tangan.

Isteri Izzue jalani pembedahan membuang benjolan kecil.

"Ia tidak serius cuma mengganggu aktiviti harian dan membuatkan rasa kurang selesa sahaja. Benjolan itu pada awalnya kecil dan semakin membesar sejak sebulan lalu," ujarnya kepada mStar Online.

Ganglion cyst adalah sejenis penyakit ketumbuhan benjolan kecil berbentuk cecair berdekatan sendi atau tendon pesakit.

Kata Izzue, Awin menyedari ketumbuhan itu sejak sebulan lalu selepas membuat pemeriksaan di pusat perubatan berkenaan.

Tambahnya, isterinya dijangka menjalani pembedahan selama sejam dan mungkin dibenarkan pulang pada malam ini.

Izzue Islam

Artikel Lain