suria

Wanita Ukraine dakwa ‘isteri’ Zul Ariffin luah rasa kesal, akui suka menari tapi itu semua dulu!

Zul nafi bercinta dengan wanita berasal dari Ukarine.

SEORANG wanita berasal dari Ukraine yang dikaitkan dengan pelakon popular Zul Ariffin iaitu Tanya Glembotska meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang cuba memalukannya.

Dia yang menggunakan akaun Instagram @hlembotska ini mengakui dia merupakan seorang beragama Kristian dan sedang mengenali Islam.

“Pertama sekali, terima kasih kepada segelintir Muslim kerana malukan saya. Sebagai seorang penganut Kristian yang ingin mendekati agama Islam, saya terharu dengan usaha anda.

“Pertama sekali, saya suka menari dan seorang penari tapi semuanya sudah berlalu.

“Saya berasal dari negara yang tidak mendiskriminasi seseorang kerana meminati sesuatu, contohnya menjadi penari,” ujarnya di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di Phuket, Zul Ariffin layan wanita Ukraine macam orang lain


Wanita tersebut meluahkan rasa kesal di laman sosial Instagramnya malam Isnin.

Sebelum ini, wanita ini memuat naik beberapa foto bersama pelakon drama Titian Cinta itu sehingga mencetuskan spekulasi pelbagai pihak.

Malah dalam satu tulisan, Tanya pernah mendakwa Zul Ariffin sebagai suaminya dan perkara itu telah menjadi perhatian netizen yang inginkan kepastian.

Bagaimanapun, Zul menerusi sebuah akhbar telah menafikan perkara tersebut dan memberitahu bahawa wanita itu dikenali ketika berada di Thailand.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut meminta maaf sekiranya pemakaiannya yang seksi mengundang rasa kurang senang.

"Maaflah kalau pakaian saya menjolok mata, saya orang Ukraine, beragama Kristian, bukan Melayu atau Muslim. 

"Bukan ke dalam Quran kita tidak boleh menjatuhkan maruah orang? Anda memalukan imej sendiri dengan pandangan sebegitu," ujarnya.

Zul Ariffin

Artikel Lain