suria

Faizal Tahir nampak kesungguhan Takaaki Terry mahu jadi penyanyi

Takaaki artis Jepun pertama di bawah syarikat rakaman Faithful Music. Foto: NUR ATHIRAH FARHANA.

PENYANYI Faizal Tahir menganggap kemunculan jejaka berasal dari Osaka, Jepun iaitu Takaaki Terry sesuatu kelainan dalam industri muzik.

Faizal atau Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, berkata dia melamar Takaaki menjadi artis Jepun pertama bawah syarikat rakamannya, Faithful Music kerana melihat kesungguhan penyanyi itu terhadap muzik.

"Kalau tengok Instagram saya ada muat naik 'Best Nine' dan dalam semua perkongsian tahun lalu, video mengenai Takaaki antara yang banyak menerima tanda suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Jepun popular kerana ‘Assalammualaikum’ kejar impian di Malaysia


Faizal dan Takaaki ketika sidang media melancarkan single Konnichiwa Dunia baru-baru ini.

"Maksudnya banyak yang tertarik dengan dirinya daripada media sosial. Apabila saya bertemu dengan dia nampak kesungguhan dia dalam muzik.

"Tapi sebenarnya dia memang nak datang Malaysia sebab nak cuba nasib jadi penyanyi. Jadi saya fikir apa salahnya ajak dia datang sini dan tengok macam mana.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Nak jadikan cerita pendek, d ia rakam lagu dan keluarlah lagu Konnichiwa Dunia," katanya kepada mStar Online.

Faizal mula mencari Takaaki selepas video jejaka berusia 24 tahun itu menyanyikan lagu Assalammulaikum nyanyiannya tular di laman sosial.

Faizal Tahir.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka memuji cara dia menyebut setiap perkataan lagu tersebut dengan jelas.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Ragaman ini memberitahu orang yang menemukan dia dengan Takaaki adalah vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh.

"Selepas saya muat naik video dia di laman Instagram dan wujudkan hashtag #misimencarilelakijepun, beberapa minit kemudian IG saya dipenuhi mesej dan ada pihak radio telefon kata kenal.

"Tapi yang sebenarnya, orang yang menghubungkan saya dengan Takaaki adalah Noh Hujan. Rupa-rupanya Takaaki sedang merancang untuk Noh punya jelajah di Jepun," ujarnya.

Faizal Tahir, Takaaki Terry

Artikel Lain