suria

“Suatu hari anak-anak pasti terasa” - Azlan (Typewriter) jarang kongsi foto keluarga

Azlan kurang konsgi foto keluarga untuk jaga privasi.

PENYANYI Azlan (Typewriter) memberitahu dia menjaga privasi keluarga dalam berkongsi foto bersama isteri dan anak-anaknya di laman sosial.

Bagaimanapun, Azlan berkata, dia juga terfikir bahawa anak-anaknya pasti terasa hati dan akan mempersoalkan perkara tersebut.

"Perkara ini susah nak jawab sebab dari awal lagi saya jarang kongsi foto peribadi dan isteri saya sudah tahu.

"Cuma anak-anak sahaja masih kecil, saya terfikir juga suatu hari mereka tentu akan terasa dan bertanya tentang kenapa saya tak kongsi gambar di media sosial,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN : "Kalau saya seksi siapa nak tengok" - Azlan (Typewriter) tak kisah dikecam manipulasi wanita promosi produk


Azlan melancarkan single Kukul dan air minuman Turbo 3.

Azlan ditemui pada majlis pelancaran single Kukuh dan air minuman Turbo 3 baru-baru ini.

Penyanyi Lagu Untukmu itu berkahwin Normala Hassan dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata yang bermumur, 8, 4 dan 2 tahun.

Dalam pada itu, Azlan berkata, biarpun tidak terlalu mendedahkan keluarga dalam dunia seni, anak-anaknya sudah menunjukkan bakat sebagai penyanyi.

"Mereka sentiasa menyokong saya dari belakang dan ada disisi semasa susah dan senang.

Tiga anak saya menunjukkan minat menyanyi di rumah, cuma mereka masih kecil lagi untuk terlalu terdedah dengan dunia hiburan,” ujarnya.

Azlan Typewriter

Artikel Lain