suria

Status seakan-akan putus cinta Zizi Kirana itu untuk pemain bola sepak

Zizi belum ada teman lelaki.

PENYANYI Zizi Kirana terkejut apabila melihat mesej peribadi (DM) di laman sosialnya dipenuhi dengan pertanyaan mengenai status yang dimuat naik seakan-akan putus cinta.

Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 34, berkata dia terpaksa memadam status tersebut kerana tidak mahu pengikutnya salah faham.

Menurut Zizi, status tersebut ditujukan kepada pemain bola sepak, Aaron Ramsey yang tidak lagi bersama kelab Arsenal kerana menyertai Juventus.

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar Baca Al-Quran, Penyokong Arsenal Antara 14 Syarat Bakal Suami Zizi Kirana


Zizi padam status yang dimuat naik kerana mengundang salah faham peminatnya.

"Saya muat naik status tersebut untuk Aaron Ramsey yang dah bertukar pasukan. Saya peminat dia dan dah lama menyokong Arsenal.

"Tak sangka pula status itu telah mengundang salah faham peminat. Terkejut juga tiba-tiba tengok DM ramai yang bertanya dan nak tahu saya putus cinta ke.

"Sebab tu, saya terpaksa padam status tersebut sebab tak nak ada salah faham. Nak putus cinta macam mana kalau kekasih pun tak ada," katanya kepada mStar Online.

Zizi Kirana.

Zizi diminta mengulas beberapa status yang dimuat naik seakan-akan memberi gambaran hubungan cintanya yang terjalin selama 10 tahun sudah berakhir.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak ini memberitahu dia menyokong kelab Arsenal disebabkan terlalu meminati Aaron Ramsey.

Pertukaran Aaron Ramsey itu menyebabkan Zizi berasa kecewa dan keliru mahu menyokong kelab yang sama atau baharu.

Aaron Ramsey

"Memang patah hati Ramsey selepas ini dah tak ada dalam pasukan Arsenal. Sebab utama saya sokong pasukan itu disebabkan Ramsey.

"Sekarang saya dah keliru kalau saya sokong Ramsey kat Juventus mesti orang cakap saya curang dengan Arsenal," ujarnya.

Zizi Kirana

Artikel Lain