suria

Tanya memang senang, tapi nak jawab tu... - Hafiz Hamidun

Hafiz Hamidun tidak selesa untuk bercakap mengenai soal perkahwinan.

PENYANYI dan komposer Hafiz Hamidun memberitahu dia tidak berasa selesa apabila sering ditanyakan hal berkaitan perkahwinan memandangkan dia pernah kecundang dalam mempertahankan rumah tangganya sebelum ini.

Hafiz, 35, berkata, soal perkahwinan suatu bukan perkara yang sopan untuk ditanya tidak kira apa juga tujuan atau sebab ia dikemukakan.

"Berhentilah tanya 'bila nak kahwin lagi'. Mai sini Bampis nak jawab. Tanya memang senang, tapi nak jawab tu bukan mudah terutamanya jika ada sejarah lampau.

"It's not appropriate biarpun ayat kau susun sesopan mana pun, it's not appropriate to ask.


Hafiz dan Joy berkahwin pada 1 Mei 2017 namun bercerai lima bulan kemudian.

"Tak kisalah apa tujuan bertanya tu, nak cuba-cuba ke, nak merisik ke, pada saya ia tidak sopan untuk ditanya," katanya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai talak satu pada 25 Oktober selepas hanya lima bulan mendirikan rumah tangga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu tercetus selepas Hafiz berasa ragu-ragu dengan status perkahwinan mereka apabila Joy gagal menyerahkan sijil perceraian perkahwinan terdahulunya.

Luahan Hafiz di Instastory tentang perkahwinan.

Bercakap lanjut soal jodoh, Hafiz berkata, ia bukan perkara mudah dalam memilh pasangan, malah adakalanya pilihan itu boleh menyebabkan kesilapan.

Kata Hafiz, individu yang tidak pernah melalui pengalaman sepertinya mungkin tidak dapat memahami, selain berharap semua pihak menghormati pendiriannya.

"Kahwin bukan pakai pilih-pilih gitu je. Dah pilih pun boleh silap. Tak kena dekat batang hidung sendiri, bolehlah.

"Cuba dah terkena dekat diri sendiri macam mana. Okay harap hormati pendirian saya ni. Kalau sampai masanya kahwin, kahwinlah," ujarnya.

Hafiz Hamidun

Artikel Lain