BALU kepada Allahyarham Zaibo iaitu Siti Hawa Sawal terharu apabila ada pihak yang menganjurkan persembahan amal bagi memperingati pelakon dan pelawak itu yang diadakan pada Sabtu. Siti Hawa berkata, usaha pengasas Positive Music 4 Positive People (PM4PP), Saiful Azlan Freezailah bagi mengumpul dana untuk membantu keluarganya akan digunakan dengan sebaiknya termasuk merialisasikan projek galeri untuk Zaibo yang sedang dalam proses pembinaan di Rengit, Johor. "Apabila rakan artis tampil membantu mengumpul dana dan membuat persembahan memperingati suami pelbagai perasaan timbul termasuk sedih, sayu, gembira. "Apa dilakukan Saiful yang juga adik angkat Zaibo menunjukkan keprihatinan terhadap kami sekeluarga dan Insya-Allah usaha mereka semua akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda daripada Allah," katanya kepada mStar Online. Siti Hawa bersama anak-anaknya yang turut hadir pada persembahan amal untuk Zaibo. ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mahu namanya terus dilupakan, isteri bina galeri pamer barang berharga Zaibo ARTIKEL BERKAITAN: Dialah yang tulis kisah cinta kita... Dua hajat Zaibo tidak kesampaian ARTIKEL BEKAITAN: Zaibo meninggal dunia Siti Hawa ditemui pada sidang media program tersebut yang diadakan di The Space, Oasis Village, Petaling Jaya pada Sabtu. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik turut hadir merasmikan acara itu. Antara barisan selebriti yang terlibat pada acara itu termasuk Noh Salleh, Kayda Aziz, Penunggu, Airwaves on Fire, Skies Are Red, Papi Zak, Nizam Jentik Jentik, Faisal Merican dan Juliana Heng. Dalam pada itu, Siti Hawa berkata, projek galeri untuk Zaibo sudah pun 20 peratus siap dan ia menelan belanja RM50,000 untuk disiapkan. Barisan artis bergambar bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Muhammad Bakhtiar Wan Chik. Katanya lagi, galeri itu dijangka siap sepenuhnya sebelum kedatangan bulan Ramadan akan datang dan berharap agar kewujudan galeri itu dapat meneruskan legasi suaminya untuk generasi akan datang. "Setakat ini Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... Setiap hari kami anak beranak turut membantu apa yang patut bagi memastikan projek galeri itu siap dalam tempoh ditetapkan," katanya. Zaibo atau Zainal Ariffin Abdul Hamid meninggal dunia pada 14 November tahun selepas enam bulan menderita kanser esofagus.