suria

Khai Bahar risau ibu, bapa kerap sakit

Khai Bahar bersama ibu dan bapanya.

PENYANYI Khai Bahar memberitahu dia berasa bimbang dengan tahap kesihatan ibu-bapanya yang kerap sakit.

Khai berkata, kesihatan ibu Rosnah Mohamad, 61, dan bapanya Baharudin Backry, 65, terjejas berikutan usia yang semakin meningkat.

"Saya memang nak bawa mereka pergi menunaikan Umrah sekali lagi tapi kesihatan mereka kini sukar dijangka.

"Saya sendiri susah hati kerana sejak dua tahun lalu mereka kerap sakit, mujur saya ada adik-beradik lain yang memang tinggal bersama mereka," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar ajak peminat buat umrah Ramadan tapi dengan satu syarat!


Khai Bahar simpan hasrat bawa keluarga bercuti.

Khai berkata, dia juga sering pulang ke kampung halaman di Perlis untuk melihat keadaan ibu bapanya itu.

Sementara itu, penyanyi lagu Luluh  ini berkata, hasrat untuk membawa keluarganya bercuti belum terlaksana.

"Saya ada impian untuk membawa semua ahli keluarga saya bercuti yang mana sampai sekarang belum lagi tercapai.

"Kalau boleh Langkawi pun jadilah, tapi itulah keluarga terlalu ramai lebih 20 orang susah nak cari masa yang sesuai," ujarnya yang mempunyai 13 adik-beradik termasuk berlainan ibu.

Khai Bahar

Artikel Berikut

Mamat Khalid kritikal di ICU

Artikel Lain