suria

"Berhenti fitnah, jangan libatkan keluarga saya!" - Sherry Ibrahim berang dituduh ubah muka

Sherry Ibrahim nafi ubah muka.

PELAKON Sherry Ibrahim berang apabila seorang individu yang menggunakan akaun palsu menerusi media sosial menuduh dia menipu apabila menafikan melakukan perubahan pada wajahnya.

Lebih teruk, individu terbabit turut mengaitkan kaluarganya dalam perkara yang disifatkan sebagai fitnah itu.

"Astaghfirullah kenapa nampak benda-benda negatif macam itu dan komen-komen benda yang tidak benar.

"Saya sudah jelaskan perkara ini, kenapa pula saya nak menipu, saya tidak pernah menipu," ujarnya di Instastory pada Ahad.

Sherry turut meluahkan perkara itu di IG miliknya pada Ahad.

Sherry berkata demikian bagi mengulas dakwaan sebuah akaun laman sosial yang menuduh dia membuat perubahan pada wajah agar nampak lebih cantik.

Individu berkenaan turut mendakwa mengenali rapat ahli keluarga pelakon tersebut.

Tambahnya, apa yang dikatakan netizen itu adalah fitnah dan dia tidak mengenali individu tersebut.

"Saya marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah dan menyebarkannya.

"Pertama sekali saya tidak kenal pun anda tapi anda tulis macam kenal dan tahu semuanya tentang saya," ujanya.

Sherry memberi amaran dan meminta individu itu berhenti menulis perkara negatif tersebut.


Sherry Ibrahim

Artikel Lain