suria

"Sikit-sikit nikmat dunia ditarik balik" - Umie Aida

Umie Aida alami bengkak dan gatal-gatal.

PELAKON Datin Seri Umie Aida memberitahu dia mengalami gatal-gatal dan bengkak di bahagian muka selepas menikmati makanan yang mengandungi belacan.

Umie berkata, susulan itu dia terpaksa ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan akibat alahan tersebut.

"Sikit-sikit nikmat dunia telah ditarik balik, dulu tenaga tip top tapi sekarang banyak kurangnya.

"Terbaru saya alahan belacan, semalam makan sambal habis satu badan saya gatal, merah dan muka bengkak.

"Saya terpaksa pergi hospital untuk ambil jap," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana buah cempedak, Umie Aida didukung suami ke hospital


Umie alami alahan dan tidak dibenarkan makan makanan laut.

Umie berkata, dia dinasihatkan untuk tidak makan makanan laut kerana dikhuatiri menerima alahan yang lebih teruk.

Bagaimanapun, pelakon filem Dukun ini berkata, keadaan kesihatannya kini sudah kembali sihat.

"Doktor pesan saya tak boleh makan seafood lagi. Rupanya bahaya juga alahan sehingga boleh sesak nafas dan meninggal dunia.

"Alhamdululillah saya sudah sihat cuma tidak boleh makan belacan dan seafood yang menjadi makanan kegemaran sebelum ini," ujarnya.

Pada Ogos lalu, Umie dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesukaran bernafas selepas makan seulas buah cempedak.

Umie Aida

Artikel Lain