GARA-GARA membuat mimik muka ketika bersiaran di stesen radio Hot FM, pelakon Reen Rahim ditegur netizen yang menganggap tindakan itu sebagai tidak ikhlas. Aksi pelakon yang popular dengan watak Kak Su dalam drama Pujaan Hati Kanda itu dirakam menerusi Instagram stesen radio tersebut ketika dia menjadi tetamu bagi mempromosikan drama berkenaan. Bagaimanapun, Reen membalas komen tersebut dengan memberitahu dia berbuat demikian bagi melepaskan rasa penat. "Cepat benar menghukum saya, saya bukan tidak ikhlas tapi termengah-mengah berlari sebab parking jauh. "Saya lari laju gila sebab nak masuk konti dan nak ucap hai kat semua tadi. Tak baik buat dosa kering dik," ujarnya. Reen hadir di konti Hot FM bagi mempromosikan episod akhir drama Pujaan Hati Kanda. Sebelum itu, seorang pemilik akaun di Instagram menegur aksi Reen di Instagram Hot FM pagi Isnin. "Bahagian bagi salam tu kenapa buat muka macam tu. Biarpun pendengar tak nampak tapi IG kan nampak. Macam tak ikhlas saja," ujarnya. Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempertahankan Reen dan mengakui wanita itu benar-benar kelihatan semput. Episod akhir drama Pujaan Hati Kanda yang menjadi fenomena bakal bersiaran petang Isnin pukul 7 malam di TV3. Drama tersebut diterajui oleh Remy Ishak dan Mira Filzah. View this post on Instagram Kak Su @reenrahim sampai-sampai terus serang Fatimah @azarazmi dan Nadine @sarahhildebrand ?? #GengPagiHot #GelakPecahHabis #PujaanHatiKanda A post shared by Hot FM (@hotfm976) on Jan 27, 2019 at 4:46pm PST