suria

Semua akaun media sosial milik Hafeez Mikail digodam

Kesemua akaun laman sosial Hafeez telah digodam.

PELAKON Hafeez Mikail berasa sedih apabila kesemua akaun laman sosialnya iaitu Instagram (IG), Twitter dan Facebook telah digodam sejak seminggu yang lalu.

Hafeez, 27, berkata kesemua platform itu sangat penting kerana ia melibatkan kerjanya sebagai seorang selebriti.

"Kesemua laman sosial saya termasuklah IG, Twitter dan Facebook sudah tak ada sebab kena godam sejak seminggu yang lalu.

"Mula-mula tu saya tak perasan sebab tengah sibuk penggambaran dan tiba-tiba dapat mesej daripada rakan memberitahu akaun IG saya dah kena godam.

"Sedih itu memang sedih sebab boleh dikatakan segala urusan kerja saya menerusi laman sosial juga tapi nak buat macam benda dah jadi," katanya kepada mStar Online.

Pemilik nama Muhd Hafiz Muhd Zaki ini diminta mengulas mengenai ketiadaan kesemua akaun laman sosialnya sejak minggu lalu.

Hafeez tepaksa membuka akaun laman sosial baru sekiranya akaun lamanya tidak dapat dikembalikan.

Menurut pelakon filem Buskers ini, dia masih menunggu maklum balas daripada pihak IG memandangkan kesemua media sosialnya itu menggunakan e-mel yang sama.

Kata Hafeez, dia terpaksa membuat akaun baharu sekiranya perkara tersebut tidak dapat diselesaikan dalam beberapa hari lagi.

"Pihak IG sudah maklum mengenai akaun IG saya itu dan buat masa sekarang, saya hanya perlu menunggu jawapan sama ada boleh dapat semula atau tidak akaun tersebut.

"Mungkin kena tunggu lagi beberapa hari baru dapat jawapan daripada mereka. Kalau tak dapat, terpaksa la saya buat akaun yang baru.

"Sebenarnya, paling utama sekarang ini saya nak semula e-mel saya sebab itu lagi penting," ujarnya.

Hafeez kini sibuk dengan sesi latihan teater Ola Bola The Musical dan pada masa yang sama menjalani penggambaran telefilem yang bakal ditayangkan pada hari kemerdekaan.

Hafeez Mikail

Artikel Lain