PELAKON Abby Abadi meminta netizen di laman sosial tidak mengaitkannya dengan kisah anak angkat Datuk Seri Aliff Syukri, Qayyum yang diberi semula kepada ibu kandung. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata apa yang terjadi pada keluarga usahawan itu tidak semestinya akan berlaku kepada orang lain. Malah, Abby menegaskan Allah lebih mengetahui yang terbaik dan tidak perlu bimbang dengan masa hadapan. "Kenapa perlu tanya soalan macam ni? Mesti ke yang jadi pada orang lain, akan jadi pada kita juga? ARTIKEL BERKAITAN: Urusan ambil anak angkat, ada pihak cuba cari salah Abby Abadi Beberapa netizen mengaitkan kisah anak angkat Aliff Syukri dengan Abby Abadi. "Semua kes sama ke? Tak perlu risaulah perkara-perkara masa depan. Allah Maha tahu yang terbaik," kata Abby menerusi laman Instagram. Abby menjelaskan perkara itu bagi membalas komen beberapa netizen yang bertanyakan bagaimana sekiranya dia mengalami situasi yang sama seperti Aliff Syukri. Baru-baru ini kecoh apabila pengasas produk D'Herbs dan isterinya, Datin Nur Shahida terpaksa memberi semula penjagaan Qayyum kepada ibu kandung anak angkatnya itu. Abby turut terpalit dengan kisah tersebut memandangkan dia juga mempunyai dua orang angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia pada tahun lalu. Abby bersama keluarganya. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga memohon pada netizen tidak menimbulkan perkara yang berkaitan orang lain di laman sosialnya. "Tolonglah tak perlu timbulkan benda-benda macam ni kat sini," ujarnya. Abby dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria berkahwin pada 14 Ogos 2015 namun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, Abby mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinan pertamanya dengan pelakon Norman Hakim.