suria

Janganlah kecam Ara, dia dah buat sehabis baik - Haqiem Rusli

Haqiem beri kata semangat kepada Ara Johari.

PENYANYI Haqiem Rusli meluahkan rasa simpati dan memohon agar netizen berhenti mengecam penyanyi lagu Bunga, Ara Johari selepas Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33).

Haqiem berkata, penyanyi itu sudah cuba membuat persembahan terbaik dalam acara yang berlangsung pada Ahad malam lalu.

"Janganlah duk kecam Ara tu. Sabar, cakap yang baik-baik.

"Saya tengok persembahan Ara, sudah sehabis baik dia buat. Kami sebagai penyanyi memang akan cuba bagi terbaik untuk terus naikkan nama Malaysia," ujarnya di Twitter.

Pada persembahan AJL33 lalu, lagu Bunga nyanyian Ara Johari diumumkan memenangi tempat kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Haram’ juara AJL33, Hael Husaini dan Ezra Kong rangkul anugerah dua tahun berturut-turut

Persembahan Ara Johari pada AJL 33 yang berlangsung Ahad lalu.

Lagu ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok itu membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi. 

Haqiem turut berentap dengan lagu Jatuh Bangun bersama penyanyi rap Aman Ra.

Bagaimanapun, segelintir netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan membuat kritikan terhadap cara nyanyian penyanyi itu.

Rata-rata netizen yang marah menyerang laman sosial penyanyi berkenaan dengan kata-kata negatif dan tidak sepatutnya.

Haqiem meminta netizen henti kecam Ara Johari.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberi kata-kata semangat dan meminta penyanyi lagu Paku itu terus bersikap positif.

Sementara itu Ara di Instagram menganggap kritikan yang diterima sebagai satu ujian atas rezeki yang diterimanya.

"Bencilah aku semahu mu, makilah aku sepuas mu, aku anggap ini ujian atas rezeki yang ku terima. Terima kasih," ujarnya.

Haqiem Rusli, Ara Johari, AJL33

Artikel Lain