suria

"Duit berterbangan? Ini penjelasannya supaya damai hati-hati yang resah" - Sufian Suhaimi

Sufian beri penjelasan foto duit berterbangan.

PENYANYI Sufian Suhaimi menjelaskan grafik pada akhir persembahan lagu Di Matamu pada Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) adalah gambaran bunga berterbangan.

Sufian menerusi Instagramnya berkata, kemungkinan grafik rekaan The Calla itu berbentuk petak dan warna cerah membuatkan ia dilihat seperti duit kertas berterbangan.

"Duit berterbangan? Ini video penjelasan dari @the_calla , @aizatrush dan @the.affiliates.

"Grafik pada akhir persembahan sebenarnya adalah gambaran bunga yang berterbangan hingga kosong. Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan niat tiru pelamin Elfira, terima kasih doa di Makkah - Sufian Suhaimi

Sufian turut memuat naik video daripada The Calla yang menjelaskan secara terperinci dan lebih dekat gambaran pecahan tersebut.

Sebelum ini, video pelamin dan gambaran duit berterbangan pada persembahan penyanyi itu di pentas AJL33 menjadi perhatian netizen.

Ada yang mendakwa Sufian menyindir dan cuba mengaitkan pengalaman hubungan cinta yang terputus dengan pelakon Elfira Loy dalam persembahan tersebut.

Sementara itu, Sufian berkata, dia berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh The Calla dan pasukannya dalam persembahan tersebut.

"Apapun, saya lebih daripada berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh @the_calla and team. Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah," ujarnya.

Sufian Suhaimi, The Calla, Di Matamu

Artikel Lain