suria

“Saya tak kritik, sebut apatah lagi label suara Sufian Suhaimi kemek” - Azmeer

Komposer yang juga ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) iaitu Azmeer (kiri) menyangkal dakwaan ada mengeluarkan kenyataan melabel suara Sufian Suhaimi sebagai 'kemek'. Foto AFIQUE YUSOFF

KOMPOSER terkenal Azmeer menyangkal dakwaan yang mendakwa dia melabel suara salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) iaitu Sufian Suhaimi sebagai 'kemek'.

Azmeer yang juga ketua juri AJL33 menegaskan dia tidak pernah mengkritik, menyebut apatah lagi melabel suara Sufian dengan perkataan tersebut ketika sidang media selepas pertandingan itu selesai pada Ahad lalu.

Sebaliknya kata Azmeer, dia hanya memberikan kenyataan secara umum mengenai vokal dan persembahan semua perserta selain tidak pernah merujuk kepada mana-mana individu termasuk Sufian.

Kenyataan Azmeer di Facebook milik bekas wartawan dan penulis lirik, Slen Fadzil.

"Saya beri kenyataan itu secara umum sahaja malam itu... Tidak pernah sama sekali ditujukan kepada sesiapa secara langsung termasuk juga Sufian.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Haram' tampil kelainan, lagu lain klise masih terikut acuan 90-an - Azmeer

ARTIKEL BERKAITAN: Hati hancur, kumbang bukan seekor konsep baju Sufian Suhaimi - Hatta Dolmat

"Tak mungkin suara Sufian saya rujuk sebagai 'kemek' kerana kami juri sudah sebulat suara memberikan anugerah Persembahan Terbaik kepada Sufian di campur dengan undian peminat.

Sufian Suhaimi.

"Anugerah itu juga mengambil kira elemen seperti nyanyian, feel dan corak persembahan. Kalau suara Sufian betul 'kemek', macam mana dia boleh menang kategori itu?," katanya.

Azmeer membuat kenyataan itu menerusi Facebook bekas Pengarang Hiburan Harian Metro dan penulis lirik Slen Fadzil.

Pada AJL33, Sufian mempertaruhkan lagu Di Matamu dan lagu ciptaan Rinkarnaen dan Sirkhan itu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik sekali gus menerima hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Azmeer berkata, dia terkejut kenyataannya itu diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga dia menerima kecaman daripada netizen.

Juara AJL33 milik lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

Jelasnya, pada sidang media sama dia hanya memberi komen secara am kepada semua komposer sebagai nasihat dalam memastikan mereka menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan.

"Sebenarnya malam itu Sufian sangat bagus dan persembahannya memang power... Walaupun saya ada cakap ada komposer yang nak berkarya dan menyanyi tapi suara kemek... Ia adalah nasihat dan tip secara am kepada semua bakat pencipta dan artis-artis baru di luar sana.

"Juri-juri bukan membuat kerja sambil lewa dan setiap keputusan adalah keputusan majoriti dengan mengambil kira segala aspek daripada peringkat pra penilaian lagi ditambah persembahan live pada malam itu," ujarnya.

Azmeer memberi penjelasan ini apabila pihak pengurusan Sufian tidak berpuas hati selepas terdapat laporan yang menulis kenyataan Azmeer berhubung suara 'kemek' dipersembahkan penyanyi itu.

Azmeer, Sufian Suhaimi, AJL33

Artikel Lain