HAMPIR dua bulan mengambil pendekatan berdiam diri mengenai krisis menyelubungi perkahwinannya, pelakon Datin Elvina Mohamad menjelaskan keadaan rumah tangganya sudah kembali pulih. Elvina atau Norazlina Mohamad, 24, memberitahu dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut yang disifatkan sebagai remah selain sudah memaafkan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan. "Dalam sesebuah hubungan itu ada naik turunnya... Saya dan suami juga tidak terlepas dengan situasi itu namun kami sepakat untuk tidak memanjangkan kejadian itu. Bahagia... Elvina dan Haniff memberitahu hubungan mereka semakin rapat. "Semua orang melakukan kesalahan dan saya memilih untuk lupakan termasuk memaafkan suami dan pihak tersebut. "Apa yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah dalam menguatkan lagi hubungan kami suami-isteri," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: “Girl… Dah takda lelaki bujang dah ke, sampai nak kacau suami orang?” - Belum lepas pantang, rumah tangga Elvina diuji ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan ingat awak artis, awak betul” - Wanita pertahan diri dituduh ganggu rumah tangga Elvina Elvina ditemui pada majlis Aqiqah anak pertama mereka, Karl Mateen yang diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong Shah Alam, Selangor pada malam Jumaat. Pasangan ini bergambar kenangan bersama anggota kumpulan Marhaban. Pada Disember tahun lalu, Elvina yang sedang dalam berpantang mendedahkan ada pihak ketiga cuba menggangu keharmonian rumah tangga mereka. Situasi itu bertambah tegang apabila Elvina turut memuat naik gambar individu tersebut di Instagram miliknya namun tuduhan itu disangkal oleh wanita tersebut. Bercakap lanjut mengenai hubungannya dengan Haniff, Elvina berkata, sejak kejadian itu mereka banyak bermuhasabah diri dalam mencari kesilapan diri masing-masing termasuk berbincang bagi menyelesaikan isu tersebut. Apabila kami berbincang kami sedar bahawa kepercayaan dan komunikasi itu adalah sangat penting... Dari situ kita perbaiki dan Alhamdulillah apabila meluahkan isi hati masing-masing keadaan kembali pulih. DATIN ELVINA MOHAMAD PELAKON Katanya, mereka sedar dalam sesebuah hubungan itu komunikasi adalah kunci kebahagian dan mengambil insiden itu sebagai iktibar pada masa hadapan. "Apabila kami berbincang kami sedar bahawa kepercayaan dan komunikasi itu adalah sangat penting... Dari situ kita perbaiki dan Alhamdulillah apabila meluahkan isi hati masing-masing keadaan kembali pulih. "Selepas ini tiada lagi rahsia, komunikasi dan berbincang sekiranya ada masalah adalah penting dalam menjayakan sesebuah perkahwinan," jelasnya. Anggota keluarga mencukur jambul Karl Mateen. Sementara itu, Hanif pula memberitahu dia tidak menyalahkan isterinya kerana tindakan Elvina mendedahkan insiden itu di media sosialnya mungkin disebabkan gagal mengawal emosi. Pun begitu katanya, sebelum berkahwin dengan Elvina lagi dia sudah bersedia dengan situasi seperti ini kerana sedar isterinya seorang selebriti. "Sebenarnya kontroversi ini tidak ada apa pun... Ia menjadi besar kerana status Elvina sebagai seorang selebriti. "Mungkin ketika itu Elvina dalam keadaan emosi, mungkin kalau dia tidak mendedahkan perkara itu di media sosial ia tidak akan jadi besar begini. Elvina dan Haniff disatukan sebagai suami-isteri pada 18 Mac tahun lalu. "Apa-apa pun semuanya sudah selesai dengan baik, apa yang orang ingin cakap tentang saya atau Elvina terpulanglah kerana bukan semua menyukai kita," katanya. Elvina dan Haniff disatukan sebagai suami-isteri pada 18 Mac tahun lalu di sebuah hotel di ibu negara. Dalam pada itu majlis cukur jambul dan akikah anak mereka berjalan lancar dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai pasangan terbabit.