suria

“Takkan nak post gambar tengah menangis” - Emma Maembong ditegur muat naik gambar tak bertudung

Emma Maembong masih hangat diperkatakan mengenai tindakannya membuka tudung. Foto Instagram @emma_maembongofficial

SEJAK mengumumkan dirinya tidak lagi memakai tudung pada Rabu lalu aktres Emma Maembong dilihat mula memuat naik gambar terbaharunya di Iaman sosial Instagram.

Rata-rata pengikutnya masih meluahkan rasa sedih terhadap tindakannya itu yang seolah-olah tiada rasa bersalah dan suka dengan perubahan tersebut.

"Macam suka sahaja dah lepas tudung, foto pun gedik-gedik," komen salah seorang pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati” - Emma Maembong akhirnya buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Abdullah pertahan diri dituduh punca Emma Maembong buka tudung

Bagaimanapun Emma secara bersahaja membalas komen yang ditinggalkan itu dan memberitahu: "Takkan nak post gambar tengah menangis".

Emma Maembong mencetus kontroversi apabila membuka tudungnya.

Sementara itu, walaupun Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, menerima pelbagai kecaman hebat namun masih ramai memberikan kata-kata semangat kepadanya selain berharap dia akan kembali menutup aurat.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu galak memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang panas menjadi reda.

Emma turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya.

Sebelum ini, Emma memberitahu bukan mudah untuk istiqamah dan kekal imej bertudung yang dipakainya sejak lima tahun lalu.

Dia juga mengaku keputusannya itu bukan sesuatu yang patut dijadikan contoh selain bersedia menerima sebarang kecaman.

Emma Maembong

Artikel Lain