suria

Shakilla Khoriri terasa semakin mencabar ketika berkira hari menjadi ibu

Shakilla dan Fizi sentiasa menyelesaikan masalah mereka dengan tenang.

PELAKON Shakilla Khoriri memberitahu dia berasa kehidupannya semakin mencabar di saat-saat akhir menjadi wanita yang sedang mengandung.

Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 30, berkata biarpun bagi orang lain dugaannya itu hanyalah kecil namun ia sesuatu yang besar buat dia dan suaminya, Fizi Ali.

"Kadang-kadang ada dugaan yang datang kita tak terfikir kita mampu untuk tempuh. Kadang kita mengeluh kenapa dugaan tu datang pada kita bukan orang lain yang lebih mampu.

"Hujung-hujung untuk kehidupan aku sebagai perempuan mengandung ni terasa mencabar sikit. Tapi orang mesti ketawakan aku sebab rasa dugaannya macam sebesar zarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam hati tidak terdetik untuk terima Fizi Ali - Shakilla Khoriri


Shakilla dan Fizi baru mengambil sijil pernikahan mereka.

"Tapi BESAR buat aku dengan Fizi yang kecil dekat mata Dia. Macam-macam yang datang sepanjang aku hamil ni. Dalam boleh tak boleh aku, dalam sedih tak sedih aku. Dah dekat lapan bulan aku tempuh," katanya.

Pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya.

Menurut Shakilla, dia menjadi kuat untuk menempuh dugaan itu disebabkan Fizi, keluarga dan bayi di dalam kandungannya.

Malah, Shakilla juga bersyukur kerana dia dan suaminya yang juga penyampai radio Suria FM itu akan menyelesaikan masalah mereka dengan tenang.

"Aku kuat sebab Fizi, baby dan sudah tentu keluarga aku. Syukur aku dengan Fizi bukan jenis yang selesaikan masalah dalam keadaan tertekan.

"Satu, satu Allah permudahkan urusan kita orang sampailah proses nak ambil sijil nikah tadi. Nak meletup baru ambil ke? Mesti sibuk berbulan madu kata pegawai tu," ujarnya.

Pasangan ini bakal menimang bayi sulung tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Shakilla turut memberi nasihat kepada pasangan yang baru atau sudah lama berkahwin untuk sentiasa tabah dan kuat dalam setiap masa yang datang.

Bagi Shakilla, Allah akan sentiasa mengaturkan perjalanan hidup seseorang itu dan dia mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang dianggap terbaik.

"Tapi untuk pasangan yang baru atau lama berkahwin tu TABAH dan mesti KUAT dalam masalah yang datang. Jangan sebab dugaan kita bergaduh bermasam muka dengan pasangan.

"Insya-Allah aturan Allah yang baik-baik untuk kita semua. Syukur kerana Allah uji kita dengan seberat mana pun dugaan sebab itu tanda Dia tak lupa kita.

"Ada ganjaran yang hebat. INGAT! Terima kasih @fizialisuria untuk semuanya, anda yang terbaik," katanya.

Shakilla dan Fizi atau Muhd Hafizudin Alimudin, 29, berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada penghujung Februari atau Mac depan.

Shakilla Khoriri, Fizi Ali

Artikel Lain