suria

Mesej perbualan seks Hero Remaja tersebar... Alif Muhaimin dakwa ia fitnah

Alif nafi dia adalah individu yang dipaparkan dalam foto perbualan seorang lelaki mengajak wanita melakukan hubungan seks. Foto Instagram: @alipblastoff.

PELAKON baharu Alif Muhaimin menegaskan dia tidak pernah mempunyai perbualan mengajak mana-mana wanita datang ke rumanya untuk melakukan hubungan seks.

Alif, 25, berkata dia bukan individu seperti yang dipaparkan menerusi foto perbualan seorang lelaki yang mengunakan namanya mengajak seseorang melakukan perkara terkutuk itu.

Namun, Alif enggan mengulas lebih lanjut dan mahu berdiam diri kerana beranggapan apa sahaja kenyataan yang dikeluarkan pasti ada segelintir pihak tetap akan menyalahkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin Tak Mahu Lagi Tayang Badan Di Laman Sosial


Cetakan skrin kononnya perbualan Alif mengajak seseorang datang ke rumah untuk melakukan hubungan seks dan ia tular di Twitter.

"Foto perbualan tersebut bukan saya. Sebab saya tak pernah berborak ada perbualan seperti itu. Ada pihak yang menyunting dengan meletakkan nama dan akaun laman sosial saya.

"Sebenarnya kalau boleh saya tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara itu sebab saya nak ambil langkah untuk berdiam diri sahaja.

"Bagi saya, kalau menafikan atau tidak, nanti tetap akan ada yang menyalahkan saya. Jadi, lebih baik saya diam sahaja. Lagipun benda itu pun tak benar," katanya kepada mStar Online.

Berdasarkan foto yang tular itu, Alif telah mengajak seseorang datang rumahnya pada awal pagi kerana ingin melakukan hubungan intim selain memuji bentuk badan individu tersebut.

Alif terkejut terima banyak mesej mengenai foto tersebut.

Menurut juara pertandingan Hero Remaja 2017  ini, dia terkejut apabila membaca mesej di laman sosial dan Whatsapp daripada rakannya.

Katanya, dia berasa tertekan dan sedih kerana baru sahaja mahu membina nama dalam bidang seni tapi sudah ada pihak yang cuba memfitnahnya.

"Saya terkejut tiba-tiba dapat banyak mesej di Instagram dan Whatsapp hantar paparan skrin foto tersebut yang telah tular di Twitter.

"Masa saya baca tu memang rasa tertekan dan sedih juga la. Sebab fikir kenapa ada orang sanggup fitnah saya sampai macam tu sekali.

"Saya baru nak ceburi bidang seni tapi dah terkena macam ni. Berilah saya peluang untuk mengembangkan bakat saya, bukan dengan memfitnah," ujarnya.

Alif Muhaimin

Artikel Lain