suria

Nak melahirkan anak sudah pasti ada dugaannya - Mawar Rashid

Mawar tidak sabar nak melahirkan anak sulungnya.

PELAKON Mawar Rashid menganggap tekanan dan rasa tidak selesa pada saat-saat nak melahirkan anak merupakan satu dugaan.

Namun Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, berkata dia akan mengharungi cabaran itu dengan semangat dan tenang demi melahirkan anak pertamanya.

"Memang ramai orang cakap nak beranak ni sakit dan ada yang susah. Bagi saya, nak melahirkan anak ni sudah pasti ada dugaannya.

"Tapi setiap kali rasa tak selesa dan rasa tekanan pada badan, saya anggap semakin dekat nak jumpa bayi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawar Rashid dedah tabiat pelik mengidam makan tepi pantai


Mawar rajin melakukan yoga untuk meregangkan badan.

"Jadi saya akan harungi cabaran ketika bersalin dengan semangat dan tenang demi melahirkan cahaya mata pertama saya," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama bersiri Pencuri Cinta Kelas Satu ini yang kini sedang hamil lapan bulan dijangka akan bersalin pada awal Mac depan.

Menurut Mawar, dia tidak berasa gementar setiap kali memikirkan saat bersalin tetapi lebih rasa bertenaga dan teruja ingin menyambut kelahiran anak sulungnya.

"Setiap kali memikirkan hari nak bersalin tu, tak rasa gementar pun. Malah, sebenarnya saya rasa tenang dan tak sabar menantikan hari paling bermakna buat saya sebagai seorang ibu dan isteri," ujarnya.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia dan bayi dalam kandungannya berkeadaan baik dan masih mengamalkan senaman ringan yang dilakukan sejak awal kehamilan.

Mawar dan keluarganya.

"Alhamdulillah keadaan kesihatan semua okey. Dari awal sampai sekarang dah lapan bulan saya sihat dan bertenaga. Cuma kalau terlebih jalan tu, penat sikit la.

"Dari awal mengandung, saya memang selalu buat senaman ringan seperti berjalan kaki selama 30 minit di taman. Kalau badan tak penat sangat, saya buat latihan squat yang biasa.

"Sekarang ni, saya buat latihan yoga juga untuk meregangkan badan. Selain itu, minum air banyak kerana itu kunci untuk kesihatan," katanya.

Mawar berkahwin dengan adik kepada penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob, 33, pada 9 November 2018.

Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, hasil perkahwinan terdahulu.

Mawar Rashid, Raf Yaakob

Artikel Lain