suria

Suami isteri perlu jaga aib, jangan dedahkan di media sosial - Pesan Da'i Wan

Da'i Wan buat teguran.

PENCERAMAH bebas Da'i Wan menasihatkan agar pasangan suami isteri perlu jaga aib dalam rumah tangga masing-masing.

Da'i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Din ini berkata, perkara mengenai rumah tangga berantakan perlu diselesaikan di belakang tabir dan mengikut undang-undang yang melindungi hak sebagai isteri atau suami.

"Suami isteri perlu jaga aib sesama mereka, hal bilik tidur khususnya simpan sahaja untuk kebahgaiaan berdua. Hal berantakan pula, luahkan secara berdepan, selesaikan mengikut prosuder dan undang-undang yang ada," ujarnya kepada mStar Online.



Teguran Da'i Wan secara umum.

Da'i Wan berkata, dia memuat naik status di media sosialnya sebagai teguran secara umum tanpa mengaitkan mana-mana pihak.

Katanya, pendedahan berkaitan hal rumah tangga di laman sosial semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

"Apa yang saya kongsikan itu secara umum kerana  sejak kebelakangan ini banyak yang dedahkan masalah-masalah rumah tangga di media sosial mereka," ujarnya.

Dalam pada itu, Da'i Wan turut mengingatkan pihak media supaya berhati-hati membuat laporan agar tidak mengeruhkan lagi hubungan rumah tangga yang berdepan masalah.

Pasangan suami isteri harus menjaga aib masing-masing. Gambar sekadar hiasan.

Sebelum itu, rumah tangga pelakon Aliff Aziz dilaporkan bergolak apabila Bella Atillah mendedahkan kecurangan isterinya dengan pelakon baharu ketika penggambaran sebuah telefilem.

Selain kejadian itu Aliff juga pernah terkait dengan kontroversi rumah tangga ketika dia keluar bersama pelakon Afifah Nasir namun hal berkenaan akhirnya selesai.

Da'i Wan

Artikel Lain