suria

Cucu P. Ramlee, adik Achey dan Kak Girl antara 18 peserta ‘Miss Lawak’

Inilah sebahagian peserta 'Miss Lawak' iaitu (dari kiri); Nur Amira Maslan atau Kak Girl, Tasha Hamzah dan Najua Nasir. Foto AFIQUE YUSOFF

CUCU kepada seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Najua Nasir terpilih sebagai 18 peserta yang bakal berentap menerusi pertandingan lawak terbaharu terbitan Astro iaitu Miss Lawak.

Selain Najua, bekas penyampai radio Best FM, Nur Amira Maslan atau Kak Girl turut berentap selain adik kepada pelawak Achey iaitu Tasha Hamzah turut berentap merebut gelaran juara.

Tasha yang pernah menyertai pertandingan Gegar Lawak tahun lalu tidak akan bersaing mudah apabila pelawak terkenal Joanne Kam yang diberi jolokan ‘Ratu Komedi Malaysia’ turut berentap dalam Miss Lawak.

Dalam pada itu, Ketua Strategi Kandungan Komedi Astro, Namanzee Harris berkata, idea menerbitkan program ini selepas melihat industri komedi tempatan ketandusan pelawak wanita berbanding lelaki.

Peserta dan juga juri 'Miss Lawak' yang akan bersiaran di Astro Prima pada 6 Mac depan.

Kata Namanzee, kekurangan itu mungkin disebabkan pandangan sesetengah pihak yang beranggapan wanita tidak sesuai menjadi pelawak sekaligus membataskan kreativiti mereka untuk menyerlah.

“Pendedahan yang kurang dan tiada platform untuk mereka mengetengahkan bakat mereka juga punca industri ini leboh dipelopori oleh pelawak lelaki.

“Kemunculan Miss Lawak ini diharap dapat mencari pelapis pelawak wanita angkatan baru selepas ini,” katanya.

Namanzee ditemui pada majlis pelancaran Miss Lawak yang diadakan pada Rabu.

Kak Girl, Tasha dan Najua sudah bersedia untuk berentap. 

Peserta lain yang turut bertanding adalah Filzah Azmi, Meera Shuib, Ain Sufia, Rina, Wan, Shamaine Othman, Kak Liz dan Eyya.

Turut bertanding Leyla Krisya, Eqa Ayamor, Manja, Chrisy Wu, Kanmani dan Pinky.

Miss Lawak bakal menemui penonton bermula 6 Mac ini pada setiap hari Rabu, 9 malam di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).

Dalam pada itu, Namanzee memberitahu setiap peserta diberi kebebasan dalam membuat persembahan dalam menonjolkan nilai jenama mereka setiap minggu.

Afdlin Shauki bertindak sebagai hos manakala Erra Fazira dan Ako Mustapha akan menggalas tanggungjawab sebagai juri.

Kesemua peserta juga akan diadili berdasarkan pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional dalam menilai persembahan mereka setiap minggu.

“Setiap minggu peserta akan diberikan tema seperti stand up comedy, sketsa atau drama, permainan improvisasi namun kebebasan diberikan dalam menunjukkan kreativiti masing-masing,” katanya.

Miss Lawak bakal menampilkan Datuk AC Mizal dan Erra Fazira sebagai juri tetap manakala Datuk Afdlin Shauki menggalas tugas sebagai hos.

Juara bakal membawa hadiah wang tunai RM100,000 dan secara automatik pemenang akan menempah tempat menyertai Maharaja Lawak Mega musim terbaharu nanti.

Miss Lawak

Artikel Lain