suria

“Tak semua orang suka lihat kebahagiaan... Cukuplah orang tahu saya dah kahwin” - Hazama

Hazama doa dikurniakan anak jika sudah bersedia pikul tanggungjawab.

PENYANYI Hazama memberitahu dia sentiasa mencuba dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinannya dengan pemuzik Genevie yang kini memasuki usia dua tahun.

Bagaimanapun, Hazama berkata, dia percaya ketentuan Allah yang mengurniakan rezeki itu jika dia dan isteri benar-benar bersedia.

"Saya cuba tapi nampaknya belum ada rezeki. Saya berdoa jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah rezeki zuriat itu, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu.

"Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut trend orang sekeliling. Ia sebab tanggungjawab yang bakal dipikul selepas bergelar bapa nanti," ujarnya kepada mStar Online.


Hazama dan Genervie sambut ulang tahun ke dua Januari lalu.

Dalam pada itu, Hazama berkata dua tahun melayari hubungan suami-isteri banyak mengajarnya melalui kehidupan sebenar.

"Alhamdulillah, banyak benda yang berlaku dalam kehidupan suami isteri yang mengajar saya menjadi lebih bertanggungjawab.

"Mana tidaknya dahulu saya suka main-main dan tidak fikir tanggungjawab," ujarnya.

Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.

HAZAMA

PENYANYI

Sementara itu, ditanya kurang memuat naik foto bersama isteri di laman sosial, Hazama berkata, tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.

"Cukuplah orang tahu saya sudah berkahwin dan siapa isteri saya, tentang kebahagiaan kami biar simpan untuk kami sahaja.

"Saya sedar tidak semua orang suka lihat kebahagian orang lain, jadi saya rasa tidak perlu untuk kongsi semua," ujarnya.

Hazama berkahwin dengan pemuzik Genervie Kam pada 15 Januari 2017 dalam majlis sederhana.

Hazama

Artikel Lain