PELAKON Amyza Aznan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di laman sosial Instagram apabila mendedahkan mesej yang dihantar oleh seorang individu mendakwa suaminya Khairil Idzhar Md Nazir dilihat keluar dengan seorang wanita. Menerusi mesej itu, individu itu mendakwa ibunya yang pernah bekerja sebagai jurujual minyak wangi memberitahu pernah ternampak suami Amyza dengan wanita lain. "Haritu mak saya ada cakap masa mak saya kerja perfume (jurujual minyak wangi) mak saya nampak hubby awak dengan wanita lain," tulis mesej berkenaan. Tidak mudah melatah dengan mesej tersebut, Amyza secara sinikal memberitahu suaminya membelikan minyak wangi untuk wanita tersebut kerana individu itu berbau busuk. Amyza memuat naik mesej peribadi yang dihantar kepadanya. Malah pada catatan gambar itu, Amyza, 43, turut memberitahu dia mencintai suaminya meskipun ada cubaan merosakkan keharmonian perkahwinan mereka. "Love you B... Forever. Ala kumbang bukan seekor. Eh... Tu kumbang lantak la. "Belikan perfume je pun sebab perempuan tu busuk. Biasalah binatang yang kuat menyondol ni kan busuk. Alah anggap je la suami saya sedekah kat dia," tulisnya. Amyza bersama suami dan anak-anak mereka. Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Amyza berkata, ia adalah kisah lama yang berlaku sekitar tahun 1990-an yang diceritakan kembali oleh ibu individu itu. "Ala tahun 90-an mana ada video. Kisahnya mak dia throwback kat anak-anak pula. Kesian si tukang sondol tu, nanti anak-anak dia tau pula sejarah mak dia pernah menyondol suami orang. "Nasib baik 90-an tu tidak secanggih sekarang, kalau tak si tukang sondol tu tujuh keturunan tak habis malu," katanya di ruang komen menjelaskan situasi sebenar. Amyza dan Khairil berkahwin pada tahun 2004 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 14, dan Andrian Adam,11 dan Ayden Andika, 5 tahun.