suria

“Selamat tinggal... sumpah banyak gila dugaan selama saya menjaga awak” - Kamal Adli

Kamal Adli jual moto kesayangan selepas lalui banyak dugaan.

PELAKON Kamal Adli terpaksa menjual motor kesayangannya selepas melalui pelbagai dugaan ketika lebih tiga tahun membeli motor tersebut.

Kamal berkata, motor tersebut pernah kemalangan beberapa kali dan hilang dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Selamat tinggal... sumpah banyak gila dugaan selama saya menjaga awak (motor). Kemalangan orang lain buat hingga tersadai di bengkel selama dua tahun.

"Saya baiki semula dengan harga yang mahal tapi sayang punya fasal. Lepas elok... kemalangan pula dengan saya dan terpaksa dibaiki lagi.

"Kemudian dah elok kene curi pula dengan orang jahat, lepas tu polis jumpa balik awak simpan di balai setahun sebab macam putus asa," ujarnya di Instagram.

Kamal Adli jual motorsikal kepada individu bertanggunjawab.

Motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia Shiver itu pernah dilaporkan hilang pada 26 Oktober 2017.

Kamal berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk dia menjual motor tersebut kepada orang yang lebih bertanggungjawab.

"Lepas ambil di balai kena baiki lagi sekali dan ini masa terbaik untuk lepaskan awak kepada orang yang lebih baik. Terima kasih atas segalanya," ujarnya.

Kamal Adli

Artikel Lain