suria

Zul Ariffin dan Elizabeth Tan jadi suami isteri... Tak ada masalah!

Zul memberitahu dia sudah biasa melakonkan babak sebagai suami isteri. Foto: AFIQUE YUSOFF.

PELAKON Zul Ariffin memberitahu dia tidak mempunyai masalah melakonkan watak sebagai suami isteri bersama penyanyi Elizabeth Tan menerusi filem Misteri Delaila.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 33, berkata dia sudah biasa melakonkan adegan tersebut menerusi drama-drama Melayu lakonannya.

"Pertama kali berlakon dengan Lizzy dan saya hormat dia. Kerja dengan dia pun mudah sahaja. Tak ada yang perlu dipeningkan kepala.

"Babak sebagai suami isteri tu dalam drama Melayu pun dah banyak dan saya pun beberapa kali lakonkan babak seperti itu.

Zul dan Elizabeth pertama kali digandingkan bersama sebagai suami isteri menerusi filem Misteri Delaila.

"Cuma yang membezakan filem ini, babak sebagai pasangan suami dan isteri tak banyak sebab fokus jalan cerita kepada kisah misteri kehilangan Delaila," katanya kepada mStar Online.

Filem arahan Syafiq Yusof itu sudah ditayangkan di seluruh pawagam sejak 21 Februari lalu.

Dalam pada itu, Zul mengakui dia adalah seorang yang penakut biarpun melakonkan watak utama dalam filem seram itu.

Zul mengakui dia seorang yang penakut.

Menurutnya, dia banyak menjerit sehingga hampir kehilangan suara pada babak-babak terakhir filem tersebut.

"Sebenarnya penat juga menjerit. Masa dalam babak-babak terakhir tu, saya sampaikan dah tak ada suara.

"Sejujurnya saya ni seorang yang penakut. Bila saya jalani penggambaran pun takut. Padahal saya yang lakonkan cerita tu tapi saya yang takut," ujarnya.

Selain Zul dan Elizabeth, filem tersebut turut dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri dan Mas Khan.

Zul Ariffin, Elizabeth Tan

Artikel Lain