suria

Tekanan darah rendah sejak hamil anak kedua, Hanez Suraya terpaksa makan daging

Hanez Suraya dan suami, Romie Razin bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Foto Instagram @hanezsuraya & @deeja_cosmetic_hq

PELAKON Hanez Suraya memberitahu sejak hamil anak kedua, dia sering mengalami masalah tekanan darah rendah ekoran tidak mengambil protien daging seperti ayam dan daging dalam dietnya.

Kata Hanez, 34, dia mula mengamalkan diet itu sejak dua tahun lalu namun atas nasihat doktor dia perlu memaksa diri mengambil protien untuk kesihatannya sepanjang hamil.

"Sudah dua tahun saya tak makan daging atau ayam sehinggakan sekarang ni kalau nak makan pun saya tak lalu.

"Tapi apabila beberapa kali terkena tekanan darah rendah saya cuba paksa diri untuk makan ayam atau daging walaupun agak sukar nak telan.

"Nasib baik juga doktor ada beri suplemen tambahan bagi mengelakkan masalah serupa berulang," katanya.

Hanez bersama suami, Romie Razin dan anak perempuan mereka, Putri Aleesya.

Hanez ditemui pada majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah pengguna produk Deeja Cosmetic yang diadakan pada Ahad lalu.

Pada acara itu, beberapa pemenang bertuah menerima hadiah seperti wang tunai, telefon pintar termasuk sebuah kereta Perodua Axia sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia produk itu.

Dalam pada itu, Hanez berkata, dia mengamalkan diet itu bukan semata-mata untuk mendapatkan bentuk badan ideal sebaliknya atas kesedaran dalam menjaga kesihatan sejajar peningkatan usianya.

Kata Hanez, walaupun dia tidak makan daging atau ayam namun masih mengambil sumber protien ikan serta makanan laut.

"Saya bukan sahaja tidak makan daging tapi semua produk makanan segera selain banyak mengamalkan minum air suam bersama buah lemon termasuk mengelak minuman bergula.

"Hendak kurus itu sebagai pemangkin semangat tetapi apa yang lebih penting saya mahu menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Hanez bersama pemenang cabutan bertuah yang dianjurkan produk Deeja Cosmetic pada Ahad.

"Cuma ketika hamil ini saya perlu mempelbagaikan pengambilan makanan untuk memastikan kandungan dalam keadaan sihat," jelasnya.

Bercakap lanjut mengenai kehamilannya, Hanez berkata, kandungannya sudah memasuki usia lima bulan dan dijangka akan bersalin selepas sambutan Aidilfitri pada Julai depan.

Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, walaupun sedang sarat hamil dia tetap meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa termasuk tanggungjawab sebagai duta produk Deeja Cosmetic.

Kata Hanez, dia tidak menganggap tugas dalam mempromosikan produk itu sebagai bebanan kerana tugas diberikan tidak sukar dan menyeronokkan.

"Tugas tak berat pun... Turun padang promosi, jumpa pengguna produk selain selebihnya banyak menggunakan sosial media. Alhamdulillah pihak pengurusan pun faham keadaan saya jadi mereka banyak membantu meringankan beban ketika hamil.

"Malah yang seronoknya saya akan diberi cuti bersalin sebelum kembali sibuk dengan aktiviti jelajah dan promosi," katanya.

Hanez Suraya, Deeja Cosmetic

Artikel Lain