PASANGAN pengacara program Neelofa dan Nabil Ahmad membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri daripada dicalonkan dalam Anugerah MeleTOP 2019 yang bakal berlangsung pada 21 April depan.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad berkata, keputusan itu dibuat secara sukarela oleh kedua-dua hos program MeleTOP itu bagi memberi ruang kepada rakan artis lain yang akan bertanding.
“AME2019 tahun ini memperlihatkan dua hos MeleTOP iaitu Neelofa dan Nabil Ahmad mengundurkan diri daripada semua kategori dipertandingkan pada tahun ini.
“Keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada rakan artis lain dan ia dibuat secara sukarela oleh kedua-dua mereka,” katanya.
Raqim Ahmad (tiga dari kiri) bersama selebriti yang terlibat menjayakan AME2019.
Raqim ditemui pada sidang media pengumuman senarai Top 5 AME2019 yang diadakan pada Selasa.
AME2019 yang mempertandingkan 16 kategori bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Neelofa dalam komen ringkasnya memberitahu keputusan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang cakap-cakap tidak enak terhadap mereka memandangkan mereka juga hos program itu.
“Selepas enam tahun bergelar hos dan dicalonkan dalam AME rasanya sudah tiba masanya kami undur diri bagi mengelakkan orang kata ia anugerah syok sendiri dan hanya tuan rumah yang menang,” katanya.
Gandingan Jihan, Nabil dan Neelofa bakal hangatkan AME2019.
Sekiranya tidak menarik diri, Nabil telah disenarai pendek untuk kategori Hos MeleTOP manakala Neelofa menerusi Fesyen MeleTOP dan Hos MeleTOP.
Dengan keputusan itu, tempat mereka secara automatik diganti oleh calon yang mendapat undian tertinggi bagi kategori tersebut.
Sementara itu, walaupun kedua-dua mereka menarik diri daripada dicalonkan, Nabil dan Neelofa tetap akan bertindak sebagai hos AME2019 bersama Jihan Muse.
Dalam perkembangan lain, senarai pencalonan AME2019 memperlihatkan Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zizan Razak dan Fattah Amin mendominasi pencalonan akhir untuk tiga kategori individu.
Manakala Remy dan Syafiq bersaing sengit apabila dicalonkan dalam tiga kategori sama iaitu Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.
Dua naskhah lakonan Remy iaitu Pulang dan Lelaki Kiriman Tuhan turut tercalon menerusi kategori Filem MeleTOP dan Drama MeleTOP.
Penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza membuktikan terus unggul apabila tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP bersama bintang baharu seperti Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli dan Khai Bahar.
Tampil dengan tema Yang Legit, Yang Legend, AME2019 bakal menampilkan persembahan daripada Ayda Jebat, Misha Omar, Hael Husaini, Andi Bernadee, Exists dan ramai lagi.
Antara artis yang diumum sebagai Top 5 AME2019.
Berikut adalah senarai penuh pencalonan AME2019:
Lagu MeleTOP
Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza)
Di Matamu (Sufian Suhaimi)
Haram (Dayang Nurfaizah & Hael Husaini)
Jatuh Bangun (Haqiem Rusli & Aman Ra)
Sampai Bila (Misha Omar)
Filem MeleTOP
Hantu Kak Limah
KL Special Force
Langsuir
Munafik 2
Pulang
Hos MeleTOP
Jihan Muse
Alif Satar
Sherry Alhadad
Siti Nordiana
Zizan Razak
Fesyen MeleTOP
Fazura
Fattah Amin
Remy Ishak
Scha Alyahya
Syafiq Kyle
Penyanyi MeleTOP
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Siti Nordiana
Sufian Suhaimi
Bintang Filem MeleTOP
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Syamsul Yusof
Zizan Razak
Couple MeleTOP
Eira Syazira & Azad Jazmin
Jihan Muse & Ungku Hariz
Mia Ahmad & Mohd Izham Tarmizi
Nur Fazura & Fattah Amin
Vivy Yusof & Fadza Anuar
Si Cilik MeleTOP
Aqeef Anaqi
Jebat Jayden
Lara Alana
Syeriv Samheizy
Yusoff Al Qardawi
Pelakon TV MeleTOP
Fattah Amin
Fendy Bakry
Mira Filzah
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Program MeleTOP
Big Stage
Gegar Vaganza 5
Maharaja Lawak Mega 2018 Episod 1
Sepahtu Reunion Live Puasa
Tazkirah Malam Jumaat
Artis Baharu MeleTOP
Andi Bernadee
Eyra Hazali
Luqman Faiz
Sarah Suhairi
Syafiq Farhain
Artis Lawak MeleTOP
Bocey
Fikry Ibrahim
Jep
Jihan Muse
Zizan Razak
Penyampai Radio MeleTOP
DJ Lin
Jep
Johan
Radin
Sharifah Shahirah
Gruop/Duo MeleTOP
Akim & The Majistret
Caliph Buskers & Faizal Tahir
Floor 88
Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Tajul & Wany Hasrita
Drama MeleTOP
Cik Reen Encik Ngok Ngek
Dia Anak General
Lelaki Kiriman Tuhan
Mr. Grey
Tak Ada Cinta Sepertimu
Program Radio MeleTOP
Johara Pagi Era
Pagi di Sinar
PM Era
Super 40 Era
Suria Cinta