suria

Adira diduga lagi... 5 hari bapa meninggal, nenek pula dijemput Ilahi

Adira menerima berita sedih neneknya meninggal dunia sebentar tadi.

PENYANYI Adira sekali lagi diduga apabila selepas kehilangan bapa pada Khamis lalu dia mendapat berita neneknya meninggal dunia pada Selasa.

Adira atau nama sebenarya Siti Adira Suhaimi, 28, berkata dia memohon agar Allah memberi kekuatan untuk menghadapi dugaan itu.

"Allahuakbar... lepas satu-satu dugaan yang aku terima... Belum pun hilang kesedihan kehilangan abah tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira dakwa anak dibawa lari, Datuk Red kata habis je pantang Adira hamil lagi


Adira berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagramnya.

"Datang lagi dugaan bila mendapat khabar nenek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanmu ini," katanya.

Penyanyi lagu Pujaan Hati ini berkongsi berita sedih itu menerusi laman Instagram miliknya dan rata-rata pengikut mengucapkan takziah dan berharap Adira tabah dan sabar.

Adira yang kini sedang hamil empat bulan anak ketiganya baru sahaja pulang dari Sabah bagi menguruskan pengebumian Allahyarham bapanya.

Adira baru sahaja pulang daripada menguruskan pengembumian bapanya.

Arwah bapanya, Suhaimi Rajiman meninggal dunia pada Khamis lalu.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red sebagai isteri kedua di Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan itu menimang cahaya mata pertama bernama Anggerik pada 10 Mac 2017 dan manakala anak kedua Assan pada 9 September tahun lalu

Adira Suhaimi, Datuk Red

Artikel Lain