suria

Kalau ditanya sejauh mana dia bahagia, kata Fattah tahap 100

PELAKON Fattah Amin berkata, dia akan berkongsi berita gembira jika dia dan isterinya iaitu Fazura bakal menimang anak.

Fattah, 29, berkata, perkara gembira itu merupakan sesuatu yang tidak boleh disembunyikan.

"Kami sama-sama berusaha dan doakan kami dapat cahaya mata dalam masa terdekat. Ini rezeki yang kita tidak tahu.

"Kalau ada saya akan beritahu sebab benda ini tidak boleh disorok," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya rasa bersalah, ralat dan tak dapat tidur” - Fattah kesal rakan kongsi ‘lari’ selepas tipu stokis produk

ARTIKEL BERKAITAN:“Keluarga Minta Rahsia Majlis Kahwin” - Fattah Amin

Fattah ditemui dalam sebuah sidang media khas bagi penjelasan berkaitan isu dakwaan menipu stokis yang diadakan di Universal Music, pada Rabu.

Fattah minta doakan dikurnikan cahaya mata.

Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Pasangan ini bercinta ketika kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia tidak pernah rimas apabila sering ditanya tentang cahaya mata selepas berkahwin lebih setahun lalu.

Apa yang boleh saya kata ialah doakan kami dapat rezeki zuriat.

FATTAH AMIN

PELAKON

Katanya, ia merupakan lumrah yang perlu dilalui setiap orang selepas berkahwin.

"Saya tidak salahkan orang untuk tanya soalan itu, itu adalah perkara biasa bila kita bujang orang tanya bila nak kahwin, sudah kahwin orang akan tanya tentang cahaya mata.

"Apa yang boleh saya kata ialah doakan kami dapat rezeki zuriat," ujarnya.

Fattah berkahwin pada 27 November 2017.

Dalam pada itu, ditanya tentang kehidupannya sejak berkeluarga, Fattah mengakui dia berada pada tahap yang sangat bahagia.

Fazura juga sentiasa menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dia kecapinya hari ini.

"Jika dikira tahap 1 sampai 10 saya kini tahap 10, tapi kalau 1 sampai 100 saya pada tahap 100 (kebahagiaan).

"Alhamdulillah doa saya dimakbulkan untuk mendapatkan kebahagiaan ini. Fazura banyak membantu saya, seperti yang orang selalu cakap di sebalik kejayaan lelaki itu ada seorang wanita," ujarnya.

Fattah Amin, Fazura

Artikel Lain