suria

Dah pergi urut dan jumpa doktor... Marsha anggap ada hikmah belum dapat anak

Marsha tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat.

PENYANYI Marsha Milan mengakui dia pernah menjalani rawatan tradisional untuk mendapatkan zuriat namun masih belum berjaya.

Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 34, berkata dia enggan terlalu memikirkan soal itu kerana percaya ada hikmah Allah belum kurniakan cahaya mata untuknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Marsha ‘Bimbang’… Menangis kongsi kisah selepas peluk Islam

"Siapa yang tak nak (anak), sudah tentu saya teringin sangat ada anak. Sekarang pun umur saya dah berapa? Cuma, belum ada rezeki lagi. Ada juga berbincang dengan suami.


Marsha dan suami masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.

"Tapi itulah kalau dapat, Alhamdulillah. Kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Saya tak nak fikir sangat sebab percaya ada sebab Allah tak bagi sekarang.

"Saya pernah jalani rawatan seperti berurut dan jumpa doktor. Tapi tak menjadi. Insya-Allah hujung tahun ini kalau tak ada, saya akan usaha cara lain pula," katanya kepada mStar Online.

Marsha dan suaminya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail berkahwin pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bimbang ini memberitahu suaminya banyak memberi semangat untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang nyanyian.

Marsha tampil dengan single terbaharu berjudul Bimbang.

"Suami saya banyak berikan suntikan semangat. Dia pesan pada saya, jangan tinggal bidang nyanyian sebab dia percaya saya boleh pergi jauh.

"Dari situ, saya terus rasa kena fokus bernyanyi. Takut kalau kerap berlakon, orang lupa saya juga adalah penyanyi.

"Sebenarnya suami saya pun minta menyanyi sebab itu dia selalu beri nasihat dan hala tuju untuk saya. Malah, dia memahami industri muzik ni macam mana," ujarnya.

Marsha Milan Londoh

Artikel Lain