suria

“Kalau tak berhenti sekarang bila lagi?” - Sheila Rusly

Antara artis yang bakal menjadi tetamu dalam ketuk-Ketuk Ramadan musim akhir.

PELAKON dan penerbit Shiela Rusly mengesahkan Ramadan kali ini merupakan musim terakhir program masakan popularnya iaitu Ketuk-Ketuk Ramadan disiarkan.

Sheila berkata, perkara itu disebabkan program berkenaan sudah terlalu lama dan sampai masanya untuk melabuhkan tirainya.

"Insya-Allah ya ini yang terakhir, kalau tidak berhenti sekarang bila lagi nak berhenti?

"Buat masa ini belum ada perancangan lain, kalau ada nanti saya akan beritahu," ujarnya kepada mStar Online.

Khai Bahar antara artis yang menjadi tetamu musim akhir.

Ketuk-Ketuk Ramadan disiarkan pada setiap bulan Ramadan pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Program masakan itu menampilkan artis popular dan sensasi pada setiap episod.

Sebelum ini, pada awal Mac lalu, suaminya yang juga pemilik syarikat penerbitan JS Picture iaitu Azman Yahya atau Jinggo mendedahkan di laman sosial bahawa ia adalah penggambaran untuk musim terakhir program itu disiarkan.

Dalam pada itu, ditanya sama ada keputusan untuk menamatkan program berkenaan disebabkan rating yang kurang memuaskan, Sheila berkata ia tidak sama sekali.

"Rating jatuh? tidaklah, mungkin sebab sudah sampai masanya untuk saya berhenti," ujaranya.


Artikel Lain