TINDAKAN penyampai radio Suria iaitu Fizi Ali menghadiahkan sebuah telefon pintar kepada isterinya, Shila Khoriri yang sedang berpantang selepas bersalin nampaknya telah disalahertikan oleh segelintir pengikutnya di Instagram. Seorang pengikutnya menyifatkan hadiah diberikan Fizi tidak membawa sebarang manfaat selain menyarankan dia membeli barang kemas kepada isterinya. Tambah individu itu, sekiranya suatu hari nanti dia mengalami masalah Fizi boleh menggadaikan barang kemas isterinya untuk mendapatkan wang berbanding membeli telefon. Pun begitu, saranan individu itu tidak dipersetujui oleh Fizi yang menyifatkan terdapat cara lain untuk mendapatkan wang ketika susah selain menggadai barangan milik isteri. Fizi turut memuat naik perbualan dengan individu berkenaan di Instastory. "Gadai barang kemas isteri? Ish tak sanggup la bro nak gadai barang isteri. Kan zaman sekarang dah ada simpanan macam-macam. "KWSP, ASB dan insurans pun dah ada simpanan. Hadiah untuk isteri takkan kita nak gadai?" balas Fizi terhadap komen itu. Bagaimanapun jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap individu tersebut yang menyifatkan penyampai radio itu seorang yang berlagak dan tidak mendengar nasihat. Shakila dan Fizi baharu sahaja menimang anak pertama baru-baru ini. "Bro apa yang berlagak? Saya ajar awak. Jangan sesekali kita jual atau gadai barang isteri, tu berlagak ke?" balas Fizi lagi. Sementara itu, jawapan Fizi itu turut mendapat sokongan pengikutnya yang lain dan menganggap cadangan individu berkenaan sebagai mengarut dan mencerminkan keperibadiannya. "Orang macam ni sah habis barang kemas isteri dia gadai. Awal-awal dah tolak jadi suami... Kebodohan apakah ini? "Ini adalah contoh lelaki yang tidak guna... Awal-awal dah gadai barang isteri, entah-entah wang isteri pun kau kebas," antara komen pengikut Fizi mengenai kenyataan individu tersebut. View this post on Instagram Nahh tengok video part 2 video abam kenakan @shakillakhoriri ..kali ni lagi kejam..ekeke.. btw thanks @gadgetmen korang dh buat isteri abam tersenyum lebar, lepas ni boleh lah dia buat email kt phone baru dia ?? . Dh jangan kecam2 abam, korang boleh dapatkan iphone mcm abam beli ni dekat @gadgetmen banyak gila freegift2 yg dorang bagi A post shared by Fizi Ali (@fiziali_) on Mar 26, 2019 at 7:04am PDT