suria

Dua peserta Malaysia mara ke peringkat akhir Asia's Got Talent

Nama mara ke peringkat akhir program Asia's Got Talent.

DUA peserta dari Malaysia iaitu Nama dan Yaashwin Sarawanan (Human Calculator) berjaya melangkah ke pusingan akhir program Asia's Got Talent (AGT) musim ketiga.

Pada episod separuh akhir Rabu lalu, Nama dipilih oleh barisan juri iaitu Anggun, David Foster dan Jay Park menerusi Pilihan Juri sekaligus melayakkan kumpulan itu terus mara ke final.

Salah seorang anggota Nama, Nur Fazrina Mohd Ani, 28, berkata, mereka tidak menyangka menjadi pilihan juri untuk terus mara ke final walaupun meletakkan harapan itu.

Selain Nur Fazrina, Nama turut dianggotai oleh Noor Syamimi Makhetar, 24, or Fazia Malik, 24, dan Nur Farahida Dolhadi, 24.

Mereka menubuhkan Nama selepa bertemu di sebuah festival di Universiti Malaya pada 2017.

Yaashwin Sarawanan (Human Calculator) kegemaran penonton. 

Dalam pada itu, Nama berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada peringkat akhir nanti.

"Apa yang kami boleh janjikan adalah persembahan itu nanti akan menjadi satu yang bermakna dan lain daripada apa kami pernah persembahkan sebelum ini.

Sekiranya menjuarai AGT, mereka berharap dapat menggunakan wang kemenangan itu nanti sebanyak AS$100,000 (RM407,500) untuk mengembangkan karier muzik mereka.

Sementara itu, bagi Yaashwin, 15, yang berjaya menambat hati penonton menerusi undian turut terkejut layak ke peringkat akhir.

"Memang saya terkejut tetapi ini adalah peluang saya untuk menyerlah. Terima kasih kepada semua penyokong terutama rakyat Malaysia yang mengundi saya. Saya mahu buat Malaysia bangga!," kata pelajar SMK Bandar Tun Hussein Onn (2) itu.

Peringkat akhir itu bakal berlangsung pada 4 April ini manakala keputusan siapakah juara akan diumumkan pada 11 April di AXN (Astro 701).

Artikel Lain