suria

“Empat tahun menunggu tapi apakan daya” - Nabila Huda alami keguguran

Nabila mengalami pendarahan yang teruk akibat keguguran.

HASRAT pelakon Nabila Huda untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinan dengan suaminya, Mohd Izwan Johar tidak kesampaian selepas dia mengalami pendarahan teruk.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 34, berkata dia mengetahui berita sedih itu selepas dimaklumkan doktor selepas melakukan beberapa ujian darah baru-baru ini.

"Tadi skrol foto album dekat telefon nampak video ni... Terus saya nak kongsi momen berharga yang saya rahsiakan dengan anda.

“Masa Abil tau positif, Abil  teruja sangat nak kongsi berita ni dekat anda semua! Tapi macam nak buat kejutan lambat sikit. Inilah saat yang paling manis, gembira, sedih semua ada! Semua dalam satu!

"Saya dah tunggu saat ini hampir empat tahun... tapi apa kan daya, saya tumpah darah yang sangat teruk sampai hari ini dan dah pergi buat ujian darah sekali lagi, dapat keputusan yang ia sudah tiada," katanya.

Nabila berkongsi berita sedih tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

View this post on Instagram

Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang. Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang ! Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah Moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years.. But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! Yes,Ofcourse Saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya ! At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi ! So now..games onz tak sisz @kidweebee ? ?

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

Anak kepada penyanyi Amy Search ini memberitahu dia berasa sangat sedih dengan kehilangan itu namun reda dan menganggap perkara itu sebagai bukan rezeki dia menimang cahaya mata.

"Belum ada rezeki lagi lah ni. Allah nak bagi  peluang saya berbulan madu lagi agaknya!

"Ya, sudah tentu saya sedih. Terlalu sedih. Tapi kan, kenapa perlu bersedih dan menangis sedangkan orang yang sentiasa membahagiakan kita ada depan mata.

"Mereka masih ada... Lebih baik hargai waktu yang ada ni sepuas-puasnya. Sekurang-kurangnya dapat juga kami berdua rasa momen menjadi bakal ibu dan ayah walaupun sekejap sahaja. Jadilah,” ujarnya.

Nabila berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada 26 Disember 2015.

Sebelum itu, pelakon filem Rempit Sampai Langit pernah berkahwin dengan Zaidi Zailaini dan bercerai pada Ogos 2011.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Keisha Laila, yang kini berusia 9 tahun.

Nabila Huda, keguguran

Artikel Lain