suria

Ragam ibu mengandung, Anzalna tak boleh tinggal bulu mata palsu

Anzalna dan suami mahu terus berteka-teki mengenai jantina anak mereka yang kini memasuki usia enam bulan dalam kandungan. -Foto: SHAARI CHEMAT

MEMASUKI usia kehamilan enam bulan, pelakon Anzalna Nasir memaklumkan dia sudah mengetahui jantina bayi dalam kandungannya.

Bagaimanapun, Anzalna dan suami Mohamad Hanif Zaki memilih untuk merahsiakan jantina tersebut sehingga satu majlis doa selamat yang akan diadakan kelak.

“Sejujurnya kami sudah tahu jantina bayi tapi masih rahsiakan daripada keluarga dan orang ramai.

“Saya suka main teka-teki, biarlah orang buat andaian masing-masing. Nanti sampai masa sesuai saya akan umumkan jantina anak kami,” katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil selepas balik bercuti, Anzalna cuti setahun lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saat paling saya nantikan” - Anzalna umum hamil empat bulan

Anzalna ditemui di majlis perlantikannya sebagai duta untuk produk kesihatan NR.

Pelakon drama Dendam Aurora itu menjadi wajah eksklusif untuk jenama tersebut bagi tempoh setahun.

Gemar berhias termasuk memakai bulu mata palsu menjadi antara perkara pelik yang dilalui Anzalna ketika hamil.

Bercerita mengenai pengalaman mengandung, Anzalna mengakui berdepan beberapa tabiat pelik.

Antaranya dia lebih gemar berhias dan rajin untuk menghadiri program luar.

“Sebelum hamil saya tak suka pakai bulu mata palsu dan kanta lekap... keluar pun pakai ringkas sahaja tapi sekarang dia minta lebih-lebih pula.

“Tapi saya berhias semasa di luar rumah, kalau duduk rumah pun berdandan lebih nanti terkejut pula anak dalam perut,” ujarnya.

Anzalna, 31, berkahwin dengan Mohamad Hanif pada 22 Februari 2016.

Anzalna Nasir, Hanif Zaki

Artikel Lain