suria

Neelofa dedah hasrat belajar menari, fotografi dan kuasai pelbagai bahasa!

Neelofa menyatakan hasrat untuk keluar dari zon selesa.

PELAKON dan pengacara Neelofa mendedahkan dia sudah lama memasang impian untuk belajar menari, mengasah kemahiran fotografi termasuk menguasai pelbagai bahasa asing.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 30, berkata dia mahu keluar daripada zon selesa dan mencabar diri melakukan perkara baharu demi menjadi lebih baik.

"Saya fikir berada di zon selesa adalah bahaya. Ia membuatkan kita sentiasa rasa selesa, selamat hingga membuatkan kita kekal berada pada takuk lama, takut untuk meneroka atau mencuba sesuatu yang lain dan mengubah rutin. Untuk bulan ini cabar diri untuk keluar dari zon selesa, lakukan sesuatu yang baharu.

"Satu perkara yang saya harap saya pernah lakukan sebelum ini adalah melakukan lebih dalam diri saya sendiri. Belajar kemahiran baharu dan perbaiki kemahiran yang sedia ada.

"Hari ini saya punya cara, tapi saya hadapi kekangan masa. Bagaimanapun saya akan cuba lakukan ini sekarang. Saya berminat untuk menguasai lebih banyak bahasa asing, belajar menari dan kemahiran fotografi!" katanya.

Neelofa memuat naik bebenang di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi bebenang di laman Twitter miliknya pada Isnin.

Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi rahsia kejayaan selain berkongsi pengalaman sewaktu dia mula-mula menceburkan diri dalam industri tanah air.

"Ramai yang selalu tanya apa rahsia kejayaan saya, selain daripada doa seorang ibu, saya sentiasa amalkan ini. Percaya diri sendiri, sentiasa membina kemahiran diri, keluar dari zon selesa, kelilingi diri antara yang terbaik dan sentiasa atur matlamat yang besar.

"Ketika saya mula-mula masuk industri, saya hanya seorang gadis yang ingin mengejar impian dan Alhamdulillah sekarang, saya sangat bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

"Saya suka berkongsi perkara seperti ini, melihat orang lain mendapat inspirasi kemudian memberi inspirasi kepada saya untuk lakukan lebih, menjadi lebih baik, untuk memberikan contoh yang lebih baik, terutamanya kepada remaja perempuan di luar sana. 

"Segalanya bermula hanya dengan impian, tetapi dengan kerja keras, usaha dan sokongan dari semua orang, insyaAllah," katanya.

Neelofa, fotografi

Artikel Lain