PELAKON dan model Ahya Rosli menjelaskan dia tidak kisah dengan kritikan netizen mengenai majlis persandingannya yang menjemput penari separuh bogel. Ahya, 32, berkata persembahan itu hanya hiburan untuk tetamu yang hadir dan dia berhak melakukan apa sahaja memandangkan ia adalah majlis perkahwinannya. "Saya tak kisah pun apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu pun sekadar hiburan sahaja untuk tetamu yang hadir. "Lagipun suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya dan saya yang keluar duit bukan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Ahya Rosli selamat bergelar suami, Normah Damanhuri titip pesanan Video penari separuh bogel di resepsi Ahya menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. "Bagi saya, mereka yang komen dan kritik tu tak ada kerja, nak ganggu kehidupan orang lain," kata Ahya kepada mStar Online pada Ahad. Ahya diminta mengulas mengenai video persembahan seorang lelaki menyerupai wanita separuh bogel menari semasa majls resepsinya berlangsung. Video yang dimuat naik kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM di Instastorynya menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial. Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Ahya menjemput penari tersebut yang tidak sesuai untuk majlis perkahwinan. Ahya dan isteri berkahwin pada 29 Mac lalu. Dalam pada itu, Ahya memberitahu kebanyakkan netizen yang komen dan kritikan itu menggunakan akaun palsu dan berkemungkinan mereka antara orang terdekatnya. "Sebenarnya benda ni agak kelakar juga sebab kalau ikutkan tak ada apa isu pun. Tapi netizen yang nak perbesarkan. "Kebanyakkan mereka komen tu menggunakan akaun palsu. Mungkinn sebenarnya orang terdekat kita yang dengki, guna akaun palsu untuk komen macma tu," ujarnya. Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini berkahwin dengan wanita pilihannya Shahirah Sanusi pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian.