suria

"Rasa seram sejuk!" Apa Fazley Yaakob buat dalam hutan?

Meskipun memiliki jadual yang padat, Fazley Yaakob tetap meluangkan masa bersama anak-anak dan isteri tercinta.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berdepan detik menyeramkan apabila dia terpaksa memandu dan meredah hutan seorang diri pada lewat malam Rabu.

Menurut Fazley, dia mengumpul kekuatan untuk berbuat demikian semata-mata mahu mengotakan janji untuk menemani anak-anak dan isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz menginap di sebuah pusat peranginan terkemuka di Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley kotakan janji bersanding semula, hanya rakan media tetamu VIP

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob persembahkan 'Sweet Table' di kota Macau

"Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya pandu seorang-seorang masuk hutan pergi mana?

"Sebenarnya anak-anak saya pergi berkehemah dengan mama mereka, saya memang dah berjanji akan teman mereka tidur dalam hutan walau apa pun berlaku.

Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.

"Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive seorang masuk hutan. Seram sejuk juga," katanya.

Fazley berkongsi detik mendebarkan itu melalui sebuah posting di Instagram miliknya pada Khamis.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya memandu seorang diri, Fazley berkata dia melalui detik mencemaskan apabila terpaksa melalui jalan raya yang sempit dan gelap sebelum berjalan kaki selama 30 minit sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur 3 jam kemudian atas tuntutan kerja.

"Saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan tiada lampu jalan, jalan raya juga kecil dan sebuah kereta atau seorang manusia pun tiada. Apabila dah sampai ke tapak perkhemahan, kena park kereta dan jalan kaki masuk ke dalam hutan dalam 30 minit berjalan.

"Lepas tu pada waktu pagi pun saya kena bangun awal, pukul 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke Kuala Lumpur sebab dah ada kerja.

"Semuanya demi untuk bersama anak-anak dan isteri saya. Hutan setebal mana pun sanggup diredah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam pada waktu malam," katanya.

Hasil perkahwinan pasangan bahagia ini, Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 10; Ahmad Rieradz Shah, 9; Ahmad Firudz Shah, 7, dan Alayna Selma yang kini berusia lapan bulan.

View this post on Instagram

Ramai yang tanya saya, lewat malam semalam saya drive sorang2 masuk hutan saya pergi mana? Begini ceritanya Anak2 saya ada camping dengan mama dia, saya memang dah berjanji akan teman diorang tidur dalam hutan walau apa pun berlaku. Cumanya saya sibuk seharian, jadi dah lewat malam baru saya drive sorang2 masuk hutan. Seram sejuk jugak hahahaha Sebab tak saya tak tahu akan jadi segelap itu. Dengan takde lampu jalan, jalannya kecik dan sebiji kereta atau seorang manusia pun takde. Bila dah sampai tepi campsite, kena park kereta dan jalan masuk ke dalam hutan dalam 30 minit. Lepas tu di waktu pagi pun saya kena bangun awal, 5 pagi dah bergerak keluar hutan untuk balik semula ke KL sebab dah ada kerja awal pagi. Semuanya demi untuk bersama anak2 dan isteri saya. Hutan setebal mana pun sanggup di redah asalkan dapat bersama mereka dalam 3 jam di waktu malam @fariedzfazley @fieradzfazley @fierudzfazley @elliefazley @azrene_ahmad ?

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Artikel Lain